Wang Kertas Semakin Hilang Kuasa

Jika ada suka simpan wang kertas. Cuba baca petikan berita dari kosmo.com.my ini. Bagaimana jika ada mempunyai 100K duit EURO. Adakah masih bernilai 100K. Bagaimana jika betul2 berlakunya krisis euro. Adakah masih 100K atau tiada nilai lagi. Tetapi 100K jika anda tukar kepada Silver atau emas.. Adakah tahun depan masih bernilai 100K. atau bernilai lebih dari 100K. Bagaimana kalau sudah 5 tahun.??

Jadi beralihlah kepada sesuatu yang sentiasa menaikkan value kekayaan anda untuk masa hadapan.

Jika anda mahukan keuntungan yang lebih tinggi belilah silver kerana peratus kenaikan lebih tinggi dari EMAS

Mari sama2 baca berita yang aku ambil dari kosmo.com.my
ini link nye
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

BRUSSELS, Belgium - Para Menteri Kewangan zon mata wang euro (Zon Euro) berkumpul di sini semalam dalam usaha untuk menyelamatkan 17 negara yang menggunakan mata wang itu sekali gus melindungi Eropah, Amerika Syarikat (AS), Asia dan ekonomi global daripada tsunami kewangan akibat krisis hutang.
Kebanyakan pegawai bersetuju mereka tidak boleh berlengah jika mahu menyelamatkan mata wang euro tetapi krisis yang menimpa jauh lebih serius daripada yang dijangkakan.
Kini, bukan sahaja mata wang euro yang digunakan oleh 332 juta orang terancam namun seperti yang diberitahu oleh Canselor Jerman, Angela Merkel dan beberapa pemimpin lain, jika mata wang euro gagal, perikatan 27 negara Kesatuan Eropah (EU) juga akan kecundang walaupun EU berjaya menyatukan benua Eropah yang sebelum ini berpecah akibat dua perang dunia.
Jika mata wang euro gagal, pinjaman bank akan dibekukan, bursa saham akan runtuh manakala ekonomi Eropah akan lompong.
Menurut ramalan firma kewangan UBS, negara-negara Zon Euro akan mendapati ekonomi masing-masing merosot sehingga 50 peratus jika situasi mata wang tersebut berlaku.
Kegawatan kewangan dan ekonomi akan merebak dengan AS dan Asia dihimpit masalah pembekuan kredit manakala eksport kedua-dua rantau berkenaan ke Eropah turut runtuh.
Senario yang berlaku pasti lebih dahsyat daripada krisis hutang 2008 yang menyusul ekoran krisis gadai janji yang berlaku di AS.
"Jika Eropah mengecil ataupun jika Eropah berdepan masalah, ia menyebabkan lebih sukar untuk kami menyediakan peluang pekerjaan yang baik di AS," kata Presiden AS, Barack Obama semasa menemui beberapa pegawai EU di Washington kelmarin.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kewangan Perancis, Francois Baroin menyatakan dalam wawancara bersama stesen radio France-Info semalam bahawa negara-negara EU perlu mengintegrasi bajet masing-masing dengan lebih rapi dan saling memantau dalam aspek perbelanjaan negara.
"Kita perlu mengubah pentadbiran Zon Euro," katanya.
Seramai 17 menteri kewangan Zon Euro akan berbincang untuk mengeluarkan bon Eropah yang dinamakan bon euro sebagai kaedah setiap negara akan menjamin negara lain yang mengalami krisis hutang dalam EU. - Agensi

Halaqah:- perbincangan tentang logam

Mari sama2 menambahkan ilmu tentang emas and silver

Klik sini

Dividen ASB

Rasa nya lagi sebulan tahu la... berapa dividen ASB akan diumumkan.. Semua berharap dapat lebih tinggi dari tahun lepas..

Tengok dari perkembangan saham2 yang lain kebanyakkan naik 0.02 sen.
walaupun 0.02 sen je yang naik.. but kalu ada yang 100K simpanan best ler kan

So ramai yang x sabar2 nie.. ada yang dah berangan2. mcm aku ler tu.. dah target 1 KILO silver sama ada dari TNT or Public GOLD.

Insya Allah akan di post gambar...


Pendapat aku.. kepada siapa yang akan dapat dividen ASB cuba2 le.. beli silver nie.. tak rugi pun.. menambah kekayaan anda ada lagi ler.. Pada duit tu habis kepada sport RIM kereta, IPAD2, Samsung Galaxy NOte, ebih baik tambah kekayaan.

Emas.... ??? bukan aku x suggest beli EMAS.. tetapi harga sentiasa mahal.. So kalu ada budget sikit beli je Silver.. Tak pun kalu dapat dividen tu bahagi2 kan la.. 40% beli emas 60% beli silver.

Sebulan lagi nie. nak pegang 1 KILO SILVER.. mesti best.... hope harga x naik masa tu..

Tempat seminar yang baru

yes...

Akhirnya... aku tunggu gak bila la.. tntsilver nak buat kat tempat lain

so bila aku buka web tntsilver aku terbaca nie

Notice:
Weekly Silver Investment Seminar
Venue : IM Training Centre, 22B, Jln Plumbun P/7P,Seksyen 7, Shah Alam
Date :30th November, 2011
Date : 9.00 pm


He..he..he..
dekat dgn rumah aku tu lebih kurang 7 KM je..
So aku akan join next week.. kalu ada yang berminat.

Call or sms nama ke 0162848596. Tempat adalah terhad

tq

Selamat Datang Ahli Baru

Salam Semua
Dah lama tak update blog nie.. Sibuk dengan kerja, Then minggu nie baru habis mengajar Oracle Database Administrator.. Penat jugak mengajar rupanya.. mcm mana la..guru- guru kat luar tu yek..
So post

kali nie nak tunjuk ahli baru dalam my koleksi aku
He..he..he..

semalam aku baru je menerima ahli baru dari TNT
jeng...jeng.... 250g silver bar
Pehh.... best pegang silver nie..Nampak sikit kekayaan yang aku ada.
so kali nie. 250g nie datang dalam box and packing yang canteq.
bagi aku sesuai sgt nak jadikan hadiah
pasaran silver sekarang masih lagi murah.

dari hari tu naik tiba2 hingga ke USD 35 sekrang hanya berlegar- legar antaraUSD 30 - USD 32
So peluang yang cerah untuk buat collection

My target 1 Kilo silver bar sebelum raya cina

Jom tengok my New collection
Berminat boleh call or sms: 0162848596
































Bila masa sesuai untuk beli Silver

Persoalan utama bila waktu yang sesuia. Jika anda tanya peniaga sudah tentu jawapan dia sekarang la.. cepat harga masih murah lepas tu dia akan ckp harga akan naik tahun depan.. Tetapi siapa kah beliau??.. Peniaga sudah mahu jual silver untuk dapat keuntungan.

Siapa boleh bagi tau harga akan naik.. cuma anda lihar graf tahun ini.. Harga tiba2 naik hingga USD 48. So masa tu semua akan cakap harga akan naik hingga ke USD 90. Semua orang nak beli and simpan silver.




Tiba2 harga mula jatuh pada bulan 9/2011 hingga mencecah USD30. Tepuk dahi ler...

So jangan percaya kepada sesiapa melainkan dia tu memang terer.


Berbalik soalan utama " Bila masa sesuai untuk beli Silver". Sebenarnya anda boleh tentukan sendiri bila masa sesuai untuk beli silver. yang penting anda ada ilmu. Jgn ikut orang atau main redah je.. orang beli anda pun nak beli..


So di sini saya bagi tip yang mudah saja.

kita beli berdasarkan DMA 200

apa benda tu?

DMA ialah purata harga penutupan harian untuk 200 hari.


kalau anda susah nak faham..



1. tengok pada spot silver price

2. pastu tengok harga pada 200 DMA

3. tengok relative price

4. kalau harga spot silver price rendah dari harga 200DMA and relative price (cheap)


apa lagi beli ler..




relatif harga silver beli, tunggu, fikir2

1.35 keatas tunggu ... harga sgt mahal..

1.25-1.35 tunggu .... mahal lagi

1.00 - 1.25 fikir2 ler... kalu rasa nak beli boleh harga berpatutan

0.99 ke bawah beli terus


SO.. jika anda mengikut 200 DMA.. aku rasa x perlu la.. nak ikut pendapat or peniaga silver tu..


kalu harga dah rendah mcm mana nak beli.. senang je..

call or sms 016 28 48 596 ( fairdaus)

jika nak beli sendiri register percuma disini

introducer : 820505085139 ( fairdaus) COD. area Setia Alam, Bukit Raja, Meru and Kapar

POTENSI EMAS DAN PERAK


Kenaikan harga EMAS dari USD 1200 ke USD 1800 se oz dalam setahun.



Kenaikan harga PERAK dari USD 18 USD 42 se oz dalam setahun


Kadar Kenaikan EMAS= 50% Kadar Kenaikan SILVER= 133%

Sumber dari: saudagarperak.com .... he he..he ni master dealer aku

so pilih la mana2 pelaburan yang anda rasa boleh memberi keuntungan

Cadangan saya 40% untuk emas and 60% untuk silver

contoh anda ada 10K

so 4K anda beli emas
and 6k anda beli silver

kenapa aku cakap macam tu.. sebab kalau salah satu harga jatuh.. anda tetap ada satu lagi pelaburan.. sebab silver mempunyai potensi yang besar kerana permintaan industri



Mungkinkah harga silver dan Emas akan naik 2012??






Kenapa tajuk aku mcm tu. Sebab harga silver/Perak mengikut turun naik duit USD. Kalau USD naik harga akan turun dan begitu sebaliknya.

Cuba baca berita dibawah
Sumber dari http://www.utusan.com.my/


NEW YORK 2 Nov. - Perang mata wang dunia dijangka tercetus tahun depan berikutan lebih banyak negara menurunkan sendiri nilai mata wang mereka tanpa mengikut permintaan pasaran, kata satu kaji selidik di sini.

Jangkaan itu dibuat oleh 64 peratus para eksekutif tukaran mata wang asing yang menjalani kaji selidik di Persidangan Bloomberg FX di sini.

Keputusan kaji selidik yang melibatkan lebih 270 pegawai bank, pengurus portfolio, pedagang dan pegawai kewangan di firma-firma utama itu membincangkan aliran pasaran mata wang asing dan juga tinjauan masa hadapan ekonomi untuk beberapa tahun akan datang.

" Sidang Kemuncak FX11 Bloomberg cuba menangani isu-isu penting yang boleh membentuk pasaran mata wang dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang.

''Ia akan membolehkan kami memahami bagaimana pasaran semasa boleh memberi maklum balas kepada keputusan dasar monetari semasa," kata Ketua Tukaran Asing dan Ekonomi,Bloomberg, Tod Van Name didalam satu kenyataan di sini.

Keputusan kaji selidik itu yang diumumkan hari ini menunjukkan negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) akan menggugurkan Euro sebagai mata wang mereka.

Sebanyak 42 peratus peserta menjangkakan jumlah negara yang menggunakan Euro sebagai mata wang akan merosot dalam tempoh lima tahun akan datang. Ketika ini sebanyak 17 negara di bawah EU menggunakan Euro sebagai mata wang mereka.

Sebanyak 75 peratus peserta pula menjangkakan Yuan akan meningkat sehingga 10 peratus berbanding dolar Amerika tahun depan manakala 58 peratus responden pula percaya bahawa mata wang negara-negara berkembang maju akan mengatasi dolar pada 2012.


link : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm




So rebut la.. peluang yang masih ada ini untuk mula dengan pelaburan emas atau perak. jika emas terlalu mahal mula dengan simpan Silver. Silver mempunyai potensi yang besar untuk masa hadapan.

klik disini untuk mula kan pelaburan silver anda. serendah RM40 ( harga pada 3/11/2011)

introducer id: 820505085139 ( fairdaus)

atau kalau nak beli terus dengan saya boleh call or sms. COD. area Meru, Setia ALam, Kapar dan Bukit Raja 016 28 48 596 ( fairdaus)

Kerajaan kita pun ada Plan pelindungan. Anda bila lagi???

PAKEJ rangsangan khas bernilai RM6 bilion yang disediakan dalam Bajet 2012 akan berfungsi sebagai pelindung kepada ekonomi negara daripada kemungkinan berlakunya satu lagi pusingan krisis ekonomi dunia, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
“Ia adalah bagi memastikan negara menikmati pertumbuhan ekonomi lebih tinggi jika kemelesetan tidak berlaku, dan jika sebaliknya terjadi, maka ia akan dapat melindungi ekonomi kita.
“Jika berlakunya kemelesetan di Amerika Syarikat (AS) dan zon Kesatuan Eropah (EU), ia sudah tentu akan menjejaskan angka perdagangan negara.

“Disebabkan itu kerajaan menekankan pakej rangsangan ini adalah untuk melindungi kekuatan ekonomi negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Akauntan Antarabangsa Institut Akauntan Malaysia dan Persidangan Persekutuan Akauntan ASEAN ke-17 (MIA-AFA 2011) di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pembentangan Bajet 2012 bulan lalu, kerajaan memperuntukkan satu pakej rangsangan khas bernilai RM6 bilion yang akan dilaksanakan menerusi inisiatif pembiayaan swasta bagi pembangunan beberapa projek tertentu.

Ahmad Husni berkata, dengan adanya penampan itu, kerajaan yakin akan dapat mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi antara lima ke enam peratus tahun depan, meskipun di tengah-tengah persekitaran ekonomi dunia yang tidak menentu.
“Bagi tahun ini, kerajaan yakin mencapai sasaran ditetapkan, tetapi masih tidak mengetahui kedudukan tahun depan.

“Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) mengunjurkan kita mampu mencapai pertumbuhan 5.1 peratus tahun ini dan 5.2 peratus tahun depan, tetapi keadaan sebenar ekonomi dunia tahun depan masih tidak dapat dipastikan,” katanya sambil menambah tumpuan kerajaan kini diberikan kepada usaha meningkatkan perbelanjaan domestik, pelaburan swasta dan perbelanjaan kerajaan bagi mengekalkan pertumbuhan.

Beliau juga menegaskan, dalam persekitaran ekonomi semasa, kerajaan lebih prihatin terhadap prospek pertumbuhan berbanding kadar inflasi.

Berikutan itu, katanya, dalam senario keadaan terburuk, kerajaan masih mempunyai dana tambahan untuk menyediakan pakej rangsangan seterusnya.

“Kita masih mempunyai simpanan seperti dana pembiayaan sokongan bernilai RM4 bilion yang dimasukkan dalam akaun pendapatan dan dana RM5 bilion dalam Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN).

“Kementerian juga sudah meminta Ketua Akauntan Negara menyemak semula dana amanah bernilai RM30 bilion yang sebahagiannya tidak digunakan,” katanya.

Kerajaan juga katanya, agak konservatif dalam unjuran pendapatannya bagi tahun depan kerana tidak mengambil kira pencairan beberapa aset kerajaan dan kelompongan dari segi kutipan hutang daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke dalam Bajet 2012.

“Kita merancang menswastakan aset yang dimiliki kerajaan dalam bentuk beberapa bidang tanah, untuk menambah kepada pendapatan negara.

“Bagi kutipan hutang oleh LHDN, kementerian mendapati jumlahnya meningkat ketara tahun ini selepas makmal kewangan awam dilaksanakan bagi tujuan itu awal tahun ini,” katanya.

Sumber: www.bharian.com.my

MF Global tumbang. Tanda-tanda krisis ekonomi global

Sumber dari www.utusan.com.my

MF Global tumbang

WASHINGTON 1 Nov. - Krisis hutang Eropah menumbangkan mangsanya yang pertama di Wall Street iaitu MF Global Holdings Ltd., sebuah firma sekuriti yang diuruskan oleh bekas Gabenor New Jersey, Jon Corzine apabila bertindak memfailkan perlindungan daripada bankrap di Mahkamah Persekutuan Bankrap, hari ini.

Corzine juga adalah bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs Group Inc.

Kebimbangan terhadap pegangan hutang negara-negara Eropah menyebabkan rakan niaga keluar daripada syarikat itu sekali gus menyebabkan berlaku masalah kewangan.

MF Global memegang hutang berjumlah AS$6 bilion yang diterbitkan oleh negara-negara yang mempunyai masalah kewangan iaitu Itali, Sepanyol dan Portugal.

Bon-bon negara itu membayar pulangan lebih besar berbanding hutang Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) menyebabkan pelabur-pelabur dalam bon percaya negara-negara itu akan berdepan dengan kemungkiran bayar.

Syarikat itu dilanda malang apabila para pengawal selia kewangan pada bulan lalu mengadu bahawa MF Global telah terlebih nilai hutang Eropah, sekaligus memaksanya mendapatkan lebih banyak wang, menurut kertas-kertas yang difailkan kepada Mahkamah Bankrap AS bagi daerah utara New York.

MF Global telah melaporkan kerugian sukuan terbesar pada bulan lalu. Agensi-agensi penarafan kredit telah menurunkan penarafan MF Global pada minggu lalu, mengakibatkan penyusutan dalam sahamnya sebanyak 66 peratus.

Keadaan itu menyebabkan rakan perniagaan MF Global dilanda kebimbangan tentang perlu menyuntik lebih banyak wang untuk menjamin urusniaga syarikat itu.

Tidak lama kemudiannya, MF Global telah mengalami kekurangan tunai dan mula mencari pelabur dan pembeli dari luar, tetapi tiada alternatif muncul sebelum tarikh akhir yang ditetapkan oleh pengawal selia kewangan , menurut kertas mahkamah.

Dagangan saham-saham MF Global Holdings Ltd. telah dihentikan hari ini.

Kebankrapan MF Global menunjukkan bahaya dalam pelaburan apabila hasilnya akan ditentukan oleh tindakan kerajaan,’’ kata Daniel Alpert, Pengarah Kongsi, Westwood Capital Partners LLC.

‘‘Saya tidak fikir ia terlalu sukar tetapi ia masih menunjukkan ia masih dalam pasaran yang mudah meruap.

‘‘Krisis ini boleh memberi petunjuk dalam pelbagai cara dan dagangan pasaran berdasarkan berita, bukan angka,’’ tambah beliau.

Beliau menambah, pertaruhan besar MF Global tidak pernah berlaku sebelum tempoh Corzine.

‘‘Sehingga beliau menyertai syarikat ini, MF Global dikenali sebagai peniaga derivatif, pelaburan-pelaburan berasaskan aset-aset bersandarkan nilai,’’ ujarnya.

Sehingga minggu lalu, MF Global mempunyai pendedahan bersih sebanyak AS$6.29 bilion dalam terbitan hutang oleh Itali, Sepanyol, Belgium, Portugal dan Ireland.

Daripada jumlah itu, sebanyak AS$1.37 bilion adalah dari Portugal dan Ireland, yang sudah diberi bantuan oleh pihak berkuasa Eropah. - Agensi

So bertindak. Membeli emas atau silver. Jika emas terlalu mahal. Beli silver untuk menyelamatkan keluarga anda di masa hadapan.

016 28 48 596 fairdaus

Mari tengok apa Kata Pakar Tentang SIlver

Antara Minted dan Cast Silver

Kedua- dua jenis mempunyai kelebihan and kekurangan.


jom kita tengok cast silver bar. he..he..he.. walaupun aku agent TNTSILVER tetapi kerana aku belum lagi membeli cast silver bar dari tntsilver. InsyaAllah Sebelum Raya Cina tahun 2012 aku akan angkat 1kilo cast silver bar. So aku gunakan la.. cast silver yang ada dalam koleksi aku.


Public Silver 100g



and ini Minted Silver... Canteq kan.





so mari kita lihat kelebihan and kekurangan kedua-dua jenis silver ini


Cast Silver bar

Kelebihan.

1. memang tidak di nafikan kelebihan utama ialah harga lebih murah. so kalu nak buat keuntuangn yang tinggi saya cadangankan beli la.. cast silver



Keburukan

1. Tak canteq je... tapi jgn lihat dari mata kecantikan tetapi tengok pada keuntungan masa hadapan (he..he..he..)

2. Susah la kot nak jual kepada orang lain ( kalu jual kepada company blk senang je). sebab kurang canteq.


Minted Silver bar


kelebihan

1. terus terang saya cakap silver tntsilver memang canteq. boleh katakan world class ler.. siap boleh nampak muka lagi ....

2. senang nak jual.. ( ini customer yang x tau nak bezakan keuntungan and kecantikan). tetapi kita sebagai peniaga kita kena terangkan. sebab niat kita nak mendidik orang lain tentang kelebihan silver.


Keburukan

1. Mahal ler...


Mari kita tengok perbezaan harga kedua-dua silver nie.. Harga mengikut harga semasa pada 2/11/2011





sumber dari tntsilver.com.my












Mengapa Melabur Dalam Perak

Bullion adalah komoditi asas yang diniagakan di pasaran logam berharga. Dengan menambah logam berharga secara umum, dan perak khususnya, portfolio saham, bon dan dana bersama, pelabur akan memperkenalkan satu aset ketara atau sebenar kepada campuran aset. Ini meningkatkan tahap kepelbagaian dan melindungi portfolio terhadap turun naik nilai apa-apa jenis salah satu aset.


Kuasa Ekonomi

Kuasa-kuasa ekonomi yang memberi kesan kepada harga logam berharga yang berbeza dari, dan sering menentang kuasa-kuasa yang menentukan harga aset biasa kebanyakan kewangan. Pergerakan bebas daripada logam berharga kepada aset kewangan lain boleh mengurangkan turun naik portfolio secara keseluruhan dan menyumbang kira-kira.

Perlindungan Terhadap Susutnilai Mata Wang

Kuasa beli mata wang yang paling telah terus menurun dari masa ke semasa dan dijangka terus berbuat demikian. Logam berharga sering boleh menyediakan lindung nilai terhadap inflasi "keupayaan.Sebagai contoh, antara tahun 2000 dan 2010, kebanyakan mata wang kehilangan kira-kira 50% daripada nilainya, manakala harga perak meningkat hampir 300%. Ekonomi naik turun antara inflasi, kemelesetan ekonomi dan pengembangan, logam berharga pelaburan membantu mempelbagai dan mengurangkan risiko keseluruhan.

Peruntukan Aset

Sama ada anda adalah konservatif atau agresif dalam pendekatan pelaburan anda, logam berharga boleh mewakili satu bahagian penting daripada peruntukan aset anda. Beberapa pakar mencadangkan bahawa 10-15% daripada portfolio aset dalam logam berharga. Tidak kira tahap risiko yang pelabur ingin mengambil, portfolio setiap keperluan asas yang selamat.

Pemilikan yang Mudah

Bagi pelabur yang ingin mengambil milik atau kawalan secara langsung daripada aset mereka, membeli diniagakan fizikal telah rayuan. Memiliki diniagakan adalah mudah dan selesa, dan komisen untuk membeli dan menjual adalah minimum.

Silver Masih Murah

silver adalah cara yang paling murah kepada perak sendiri. Mereka boleh ditukar dengan mudah kepada wang tunai, harga secara meluas dipetik dan mereka di peringkat antarabangsa boleh dirunding. Duit syiling diniagakan silver relatif murah. Oleh kerana saiz unit yang lebih kecil mereka, mereka yang mampu dimiliki dan mudah ditukar kepada tunai. Dalam bar diniagakan silver, harga secara meluas dipetik dan di peringkat antarabangsa boleh dirunding.

Permintaan Industri
Permintaan Industri Perak, lebih daripada logam berharga yang lain, mempunyai permintaan yang signifikan yang berakar umbi dalam sektor-sektor yang pelbagai sebagai pengimejan, elektronik, barang kemas, duit syiling, superconductivity dan pembersihan air. Atas sebab ini, perak tidak lagi dikenali sebagai logam berharga, kedai nilai, kerja seni atau logam industri.

Ia adalah semua ini. Perak hari ini sangat diperlukan, bekerja di sekeliling kita untuk meningkatkan kualiti kehidupan kita.

Tetapi pada pendapat saya harga silver akan terus naik kerana faktor utama ialah Permintaan Industri

Harga Silver jatuh. Apakah Tindakan anda

Semalam harga silver jatuh mendadak dari USD 35 hingga USD 32






tetapi apakah tindakan anda. Adakah hanya sekadar melihat harga jatuh atau masih mengharap harga akan jatuh lagi




Jika anda ada "duit terlebih" saya cadangkan beli la.. silver untuk pelindung kekayaan anda. But jika anda tiada duit. hanya mampu melihat harga turun naik je la...




Bagi perniaga silver. ini lah masa untuk tambah stock. rebut peluang ini sebelum harga naik semula. tetapi harga dah start naik kembali dalam pukul 10 malam waktu malaysia.



Adakah harga akan naik atau turun kembali?. Tetapi soalannya anda masih di mana??






Tambahkan ilmu tentang pelaburan silver disini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...