Jika ada suka simpan wang kertas. Cuba baca petikan berita dari kosmo.com.my ini. Bagaimana jika ada mempunyai 100K duit EURO. Adakah masih bernilai 100K. Bagaimana jika betul2 berlakunya krisis euro. Adakah masih 100K atau tiada nilai lagi. Tetapi 100K jika anda tukar kepada Silver atau emas.. Adakah tahun depan masih bernilai 100K. atau bernilai lebih dari 100K. Bagaimana kalau sudah 5 tahun.??
Jadi beralihlah kepada sesuatu yang sentiasa menaikkan value kekayaan anda untuk masa hadapan.
Jika anda mahukan keuntungan yang lebih tinggi belilah silver kerana peratus kenaikan lebih tinggi dari EMAS
Mari sama2 baca berita yang aku ambil dari kosmo.com.my
ini link nye
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
BRUSSELS, Belgium - Para Menteri Kewangan zon mata wang euro (Zon Euro) berkumpul di sini semalam dalam usaha untuk menyelamatkan 17 negara yang menggunakan mata wang itu sekali gus melindungi Eropah, Amerika Syarikat (AS), Asia dan ekonomi global daripada tsunami kewangan akibat krisis hutang.
Kebanyakan pegawai bersetuju mereka tidak boleh berlengah jika mahu menyelamatkan mata wang euro tetapi krisis yang menimpa jauh lebih serius daripada yang dijangkakan.
Kini, bukan sahaja mata wang euro yang digunakan oleh 332 juta orang terancam namun seperti yang diberitahu oleh Canselor Jerman, Angela Merkel dan beberapa pemimpin lain, jika mata wang euro gagal, perikatan 27 negara Kesatuan Eropah (EU) juga akan kecundang walaupun EU berjaya menyatukan benua Eropah yang sebelum ini berpecah akibat dua perang dunia.
Jika mata wang euro gagal, pinjaman bank akan dibekukan, bursa saham akan runtuh manakala ekonomi Eropah akan lompong.
Menurut ramalan firma kewangan UBS, negara-negara Zon Euro akan mendapati ekonomi masing-masing merosot sehingga 50 peratus jika situasi mata wang tersebut berlaku.
Kegawatan kewangan dan ekonomi akan merebak dengan AS dan Asia dihimpit masalah pembekuan kredit manakala eksport kedua-dua rantau berkenaan ke Eropah turut runtuh.
Senario yang berlaku pasti lebih dahsyat daripada krisis hutang 2008 yang menyusul ekoran krisis gadai janji yang berlaku di AS.
"Jika Eropah mengecil ataupun jika Eropah berdepan masalah, ia menyebabkan lebih sukar untuk kami menyediakan peluang pekerjaan yang baik di AS," kata Presiden AS, Barack Obama semasa menemui beberapa pegawai EU di Washington kelmarin.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kewangan Perancis, Francois Baroin menyatakan dalam wawancara bersama stesen radio France-Info semalam bahawa negara-negara EU perlu mengintegrasi bajet masing-masing dengan lebih rapi dan saling memantau dalam aspek perbelanjaan negara.
"Kita perlu mengubah pentadbiran Zon Euro," katanya.
Seramai 17 menteri kewangan Zon Euro akan berbincang untuk mengeluarkan bon Eropah yang dinamakan bon euro sebagai kaedah setiap negara akan menjamin negara lain yang mengalami krisis hutang dalam EU. - Agensi
No comments:
Post a Comment