2011 akan melabuh tirai beberapa hari lagi.. Bagaimana perkembangan harga silver and emas untuk tahun hadapan?? Naik atau turun
Pagi nie aku ada baca utusan online. Ini linknya
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_06.htm
Then dalam ayat itu ada beberapa perkataan yang aku rasa akan menaikkan harga silver and emas pada tahun hadapan. But itu hanya andaian aku sahaja.
so mari sama2 kita baca petikan dari utusan ini. then perhatikan word yang aku bold and color merah tu
Krisis: Industri penerbangan rugi
Oleh Abdul Muin Sapidin
GENEVA 7 Dis. – Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menjangkakan industri penerbangan bakal mengalami kerugian perolehan mencecah AS$8 bilion (RM24.9 bilion) pada tahun depan ekoran krisis ekonomi Eropah yang kian meruncing.
Unjuran kerugian itu adalah yang tertinggi sejak krisis ekonomi dunia pada tahun 2008.
Persatuan itu menurunkan sasaran awal keuntungan syarikat penerbangan pada tahun 2012 daripada AS$4.9 bilion (RM15.28 bilion) kepada hanya AS$3.5 bilion (RM10.2 bilion) dengan margin bersih sebanyak 0.6 peratus.
Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Tony Tyler berkata, perangkaan itu merupakan unjuran terbaik yang boleh dilakukan pada masa ini dengan mengambil kira suasana ekonomi Eropah yang kian perlahan selain faktor kenaikan harga bahan api.
‘‘Risiko paling besar yang terpaksa dihadapi syarikat penerbangan dalam mencatat keuntungan pada tahun depan ialah kegawatan ekonomi yang terhasil akibat kegagalan kerajaan menyelesaikan krisis hutang negara zon Eropah.
‘‘Unjuran ini mungkin berubah sekiranya ada tindakan daripada kerajaan untuk menyelesaikan isu penyediaan dana secara drastik selewat-lewatnya awal tahun hadapan,” katanya pada Hari Media Global IATA 2011 di sini hari ini.
Tyler berkata, berdasarkan analisa Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) baru-baru ini, kelembapan ekonomi zon Eropah berisiko mengakibatkan krisis perbankan di rantau itu sekaligus memberi kesan secara global.
Sementara itu, beliau berkata, sasaran keuntungan industri itu pada tahun ini kekal sekitar AS$6.9 bilion (RM21.5 bilion) walaupun suasana ekonomi yang lemah khususnya di Eropah dan Amerika Syarikat.
‘‘Dengan jangkaan margin keuntungan keseluruhan sebanyak RM1.2 peratus, ia memberitahu anda betapa sukarnya syarikat-syarikat penerbangan untuk mencatatkan keuntungan,” tambah Tyler.
Menurutnya, di peringkat global, permintaan penumpang dijangka berkembang sekitar 6.1 peratus tahun ini, lebih tinggi berbanding unjuran 5.9 peratus yang dibuat pada September lalu.
Dengan harga minyak Brent yang mencecah sehingga AS$112 setong, katanya, bil bahan api bagi industri penerbangan dijangka mencecah sehingga AS$178 bilion (RM555.36 bilion), lebih RM6.24 bilion daripada yang dijangka.
No comments:
Post a Comment