Bila emas naik silver pun tumpang naik jugak
SINGAPURA 29 Dis. - Para pengurus dana rantau Asia kembali menumpukan kepada komoditi pada bulan Disember berikutan jangkaan harga emas yang memberangsangkan di sebalik ketidaktentuan ekonomi dan politik Eropah.
Keadaan yang mencabar dalam menempatkan aset berterusan pada bulan ini kerana tinjauan hadapan tidak menentu memaksa pelabur lebih berhati-hati memilih pelaburan mereka.
Pada masa yang sama, keengganan untuk mengambil risiko juga menyaksikan pelabur berhati-hati dalam mendedahkan mereka kepada pegangan tunai.
Undian DowJones menunjukkan para pengurus dana mengurangkan wajaran terhadap tunai menurun pada Disember tetapi meningkatkan tumpuan terhadap komoditi.
''Dengan evolusi krisis Eropah kekal tidak menentu, tinjauan untuk pasaran kewangan menjadi lebih mudah tunai,'' kata ING Investment Management Asia Pasifik.
''Bergantung kepada berita ekonomi dan politik, para pelabur terus bertukar secara mendadak antara risiko tinggi atau rendah,'' katanya.
Perubahan yang pesat antara dagangan 'risk-on' dan 'risk-off' pada tahun ini ekoran perundingan politik di Eropah gagal untuk menstabilkan pasaran menjadikan pelabur mencari pelaburan selamat seperti emas.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_04.htm
No comments:
Post a Comment