Zakat Perak dan Emas

ehmmmm... Ni la soalan yang kawan- kawan aku tanya bila aku bercerita pasal emas or perak.

Berapa % kena bayar. ??

Berapa gram silver and emas yang dikena zakat??

and mcm2 lagi


Zakat Emas Berbeza untuk setiap negeri di malaysia. Boleh rujuk di laman web zakat negeri masing2.

Tetapi zakat perak tetap sama beratnya. walaupun Silver tu anda simpan dalam bentuk jongkong or perhiasan. Cukup haul ( gram) anda kena bayar zakat.
Berapa gram yang akan dikena zakat.
Jika anda mempunyai silver sebanyak 595 gram atau lebih dalam simpanan anda wajib bayar zakat.

Tetapi bagi aku zakat ini bukan satu bebanan. Zakat adalah wajib. dan merupakan Rukun Islam ke 4. So kenapa nak di persoalan kan zakat ini. KAlau simpanan dah cukup haulnya bayar je la..

Ingat rezeki ini Allah yang kasi.. bayangkan kalu DIA tarik balik rezeki dari anda semua.. Mcm mana.

Bagi aku anggaplah zakat perak ini sebagai satu Ibadah. Tak rugi pun. Bayangkan kalu kenaikkan silver nie dalam setahun naik 30%. berapa banyak yang anda telah untung. Adakah dengan hanya membayar 2.5% itu satu bebanan. Sedangkan anda telah masih lagi untung 27%. Fikir dan renung-renungkan.

bagi aku keuntungan di akhirat lebih mulia dari dunia.

so ini tentang zakat dari WIKIPEDIA

ini linknya
http://ms.wikipedia.org/wiki/Zakat_emas_dan_perak

Zakat emas dan perak
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zakat emas dan perak ialah zakat yang dikenakan ke atas beberapa jenis logam berharga, iaitu emas dan perak. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

" Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. " - (Surah At-Taubah: 34)


" (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam Neraka Jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. " - (Surah At-Taubah: 35)

Emas
Zakat emas dikira dalam dua keadaan.
Emas yang tidak dipakai (disimpan) - yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%

Emas yang dipakai - (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Perak
Beza zakat perak dengan emas cuma nilai nisabnya iaitu 595 gram

so renung-renungkan dan selamat membayar Zakat

p/s : Tahun 2011 tinggal beberapa hari lagi... zakat EMAS and PERAK dah bayar belum.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...