Sumber artikel dari rahsiasilver.com
http://www.rahsiasilver.com/dimanakah-kitaran-hayat-pelaburan-silver-sekarang/
Kitaran pelaburan silver. Setiap pelaburan ada kitarannya, memandangkan kita bercerita tentang Silver tahukah anda dimana kitaran pelaburan silver sekarang?
Mengetahui dimana kitaran pelaburan adalah kritikal sebab kita tidak mahu terperangkap dalam situasi yang membawa kerugian besar.
Dibawah ini ada satu gambar menunjukkan satu kitaran lengkap satu-satu instrumen palaburan :
http://www.rahsiasilver.com/dimanakah-kitaran-hayat-pelaburan-silver-sekarang/
Kitaran pelaburan silver. Setiap pelaburan ada kitarannya, memandangkan kita bercerita tentang Silver tahukah anda dimana kitaran pelaburan silver sekarang?
Mengetahui dimana kitaran pelaburan adalah kritikal sebab kita tidak mahu terperangkap dalam situasi yang membawa kerugian besar.
Dibawah ini ada satu gambar menunjukkan satu kitaran lengkap satu-satu instrumen palaburan :
Merujuk kepada gambarajah pertama, peringkat permulaan “Stealth Phases” adalah peringkat ‘separa sedar’. Peringkat ini hanya sebahagian kecil pelabur yang dapat melihat dan mengatur pelaburan mereka dalam intrument tersebut. Dalam graf harga silver, peringkat ”Stealth Phases” ini adalah tempoh waktu pada tahun 2000 hingga 2004.
Di peringkat “kesedaran” pula ialah adalah dimana semakin banyak pelabur mula terjun dalam intrumen pelaburan ini. Lebih ramai pelabur turut serta dan kemuncaknya ialah dimana pelabur-pelabur yang terdahulu terutamanya mula menjual bagi mendapatkan keuntungan. Senario ini juga dipanggil “First sell off”, menandakan tamatnya gelombang yang pertama (2000-2008).
Tamatnya peringkat ”First sell off” yang juga ada yang menyebutnya sebagai “Correction” ataupun “pull off”, dalam bahasa dipanggil “Pembetulan harga”, pelabur mula memasuki pasaran semula setelah melihat dan menilai pasaran mendapat suntikan dan momentum positif yang baru.
Bila trend positif ini dilihat berterusan dan disambut ramai pelabur baru maka fasa Mania mula terbentuk. Pada masa ini orang awam kebanyakan juga sudah mula sedar dan terjun dalam instrument yang sama. Ini adalah yang berlaku kepada harga silver sekarang.
Namun Fasa Mania bagi Silver masih diperingkat permulaan. Silver mengalami peringkat Mania sejak awal 2009, 2011 melihat peningkatan kesedaran awam paling tinggi bila harga silver mencecah $59/oz sebelum dilihat membentuk “Second Sell Off” awal bulan Mei yang lalu. Gelombang ‘Sell Off’ atau peringkat pembetulan ini masih belum berakhir apabila Silver sekali lagi turun keparas bawah $30/oz bulan September lalu. Dijangka Silver masih mempunyai momentum untuk membuat sedikit lagi “sell off” dalam bulan ini atau bulan depan sebelum mencipta gelombang besar terakhir bagi mengakhiri fasa Mania.
Berdasarkan perkembangan harga silver dan sosioekonomi sekarang, berkemungkinan besar Fasa Mania ini akan mencapai kemuncaknya dalam setahun dua akan datang, lebih atau kurang. Jika anda hendak mengambil peluang dalam gelombang terakhir fasa Mania ini maka anda seharusnya meletakkan pelaburan anda pada masa ini sehingga bulan November atau Desember, dan mengambil untung pada penghujung fasa Mania. Bagaimana anda hendak tahu Fasa Mania sudah habis? Ianya terjadi bila mana berlakunya “Sell Off besar-besaran” kelak. Kalau anda dapat keluar sebelum “Sell off” iaitu waktu diantara “Delusion” dan “New Paradigm” maka anda mendapat satu pulangan pelaburan yang paling optiomum. Namun bagi yang terlepas ”New Paradigm”, anda boleh mengambil untung pada waktu “Denial” pada waktu permulaan “Sell off” terbesar mula terbentuk.
Bagi mereka yang mahu risiko yang lebih rendah boleh sahaja ambil untung sebelum peringkat “Greed” dan “Delusion” pada peringkat-peringkat terakhir Fasa mania. Dimana harga Silver pada ketika itu sudah cukup tinggi yang sudah cukup membawa keuntungan besar dalam pelaburan silver anda.
Sekian saja tips Pelaburan silver untuk hari ini.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment