Suka untuk saya nasihatkan anda supaya berhati-hati dengan mana2 penjual emas dan perak yang menceritakan SEMUANYA indah dalam pelaburan emas dan perak sehinggakan anda sanggup membuat personal loan dengan bank tanpa berfikir panjang mengenai risiko yang wujud. Dah namanya pelaburan, mesti ada risiko. Mana ada pelaburan yang semuanya indah
Kalau ikut nasihat Azizi Ali, secara idealistiknya, bank loan patut dibuat hanya untuk 2 perkara sahaja iaitu:
(a) beli rumah
(b) expand/kembangkan bisnes.
Please note, dia kata ‘kembangkan‘ bisnes, bukan untuk baru nak mulakan bisnes. Beza besar tu.
Lainlah anda nak start bisnes seperti syarikat Air Asia yang memerlukan berjuta-juta ringgit untuk membeli kapal terbang. Bisnes plan nya pun begitu detail. Malah boleh masuk Bursa Malaysia terus pun. Bukannya bisnes plan yang dipenuhi fakta2 copy-paste seperti kebanyakkan bisnes plan peniaga-peniaga kecil.
Malah beliau kata, kalau nak buat loan untuk beli kereta pun, mesti usaha supaya anda boleh bayar balik sepenuhnya loan tersebut dalam masa 2 tahun. Hahahaha…amacam? Tak terbeliak mata dengar nasihat Azizi Ali? Semua kene beli kereta Kancil je la nampaknya. Untung syarikat Perodua! Haha…
Dengan kata lain, anda patut buat pinjaman dengan bank bila:
(a) anda benar2 tahu dari mana anda akan dapatkan duit untuk bayar balik pinjaman anda tu.
(b) anda buat loan atas perkara/benda yang sangat berpotensi akan meningkat/appreciate nilainya pada masa hadapan dalam jangkamasa yang munasabah.
Baiklah. Kenapa saya bersetuju dengan Azizi Ali untuk TIDAK galakkan anda berhutang dengan bank dalam membuat pelaburan emas dan perak?
1. Prestasi harga emas dan perak adalah naik dan turun sepanjang tahun.
Ya, memang sepanjang bull market yang panjang, harga emas dan perak biasanya naik sehingga berpuluh-puluh % setahun secara purata selama 10 tahun misalnya. Tapi ingat, saya tulis perkataan ‘purata’. Macam mana kalau kenaikan harga emas dalam satu tahun adalah 5% sahaja walaupun masih dalam bull market period? Interest/keuntungan personal loan untuk setahun pula katalah 24%. Campur fees itu dan ini lagi. Mau tak sia2 bagi extra duit kat bank tanpa anda mendapat apa2 keuntungan? Rugi lagi ada la.
2. Entri point yang salah.
Kalau anda seorang pelabur jangka masa panjang, bukanlah masalah besar kalau entri point anda salah kerana semua indicator menunjukkan unjuran yang positif bagi emas dan perak. InsyaAllah harga emas dan perak akan naik sepanjang comodity cycle ini.
Tapi, macam mana kalau ada short term investor yang pergi beli emas waktu harga around RM1,900 tahun lepas sebab hanya percaya bulat2 apa sahaja kawan anda cakap tentang emas dan perak? Contohnya cerita yang sampai kepada saya berkenaan seorang lelaki/wanita yang nak kahwin dan perlu meningkatkan jumlah wang yang tersedia ada dalam jangka masa yang singkat. Nak kahwin lagi 3 bulan. Duit ada RM15,000 contohnya. Sebab melabur main ikut cakap kawan punya pasal, orang tu pergi la beli emas dengan duit RM15,000 tu dengan niat nak dapat sedikit keuntungan untuk digunakan pada majlis perkahwinan mereka. Haha…tengok2…. harga emas terjun tiruk sampai la sekarang ni dok around RM1,600. Huhu…nasib baik la beli emas fizikal. Kalau gi invest dalam skim pelaburan emas atau akaun emas. Lagi la parah.
Itu pun mujur duit sendiri. Kalau RM15,000 tu duit bank loan? Menangis tak berlagu la jawabnya.
Inilah masalah bila buat pelaburan dengan ikut cakap kawan semata-mata. Bukan kerana anda benar2 tahu waktu yang tepat untuk lakukan perkara yang betul. Bila dah buat loan, pastu tengok2 harga turun, mula la tak lena tido. Kemudian marah dealer emas itu dan ini. Kutuk pelaburan emas dan perak sedangkan anda sendiri tak belajar betul2 pasal emas dan perak. Main semberono je.
Sebab tu anda jangan percaya apa sahaja cakap saya di blog ini berkaitan emas dan perak. Double check apa yang saya cakap/tulis dengan orang2 yang ahli dengan pelaburan logam berharga. Buat analisis kemudian baru buat keputusan untuk melabur. Pastu kalau nak beli emas dan perak, boleh beli dengan saya. heh.
3. Risiko yang boleh wujud tanpa disangka-sangka.
Contohnya, kalau anda kehilangan sumber pendapatan tetap (makan gaji) disebabkan pelbagai faktor seperti anda sakit, syarikat anda bungkus, anda dibuang kerja dan macam2 lagi. Kalau ini berlaku, dari mana anda nak cari sumber wang untuk membayar bank loan anda tu?
Kalau nak melabur tapi takde duit, cadangan saya:
1. Kalau nak juga buat loan, buat loan tanpa interest. Pandai2 la nak cari – confirm bukan dengan bank atau ah long. Rundingkan tempoh bayaran balik yang munasabah. Tapi yang paling baik, tetap jangan buat loan untuk pelaburan.
2. Cari investor yang sanggup untuk bantu anda. Kemudian buatlah pelaburan DAN jadi dealer untuk mendapat keuntungan tambahan. Keuntungan mestilah atas persetujuan bersama. Terms and Condition biarlah mengikut landasan Islam. Kalau anda nak melabur sahaja iaitu beli emas/perak dan kemudian simpan, biasanya tiada sesiapa yang nak jadi investor anda. Anda kene jadi dealer dan buat jualan untuk meningkatkan potensi keuntungan anda dan pelabur.
3. jadi dealer T&T Silver, pembelian produk minimum sebanyak RM3,300 akan melayakkan anda untuk menjadi dealer. Lepas tu kumpul duit dan tambah jumlah gram emas dan silver anda
4. Belajar technical analysis berkaitan pelaburan emas dan perak. Fundamental analysis sahaja tidak cukup. Dengan technical analysis, kita dapat mengagak entri point yang bagus untuk membeli.
5. Subscribe blog untuk mengetahui pelbagai lagi tips menarik berkaitan emas dan perak.
sumber artikel dari saudara alif. artikel ini telah di ubah sesuai untuk kesesuian blog ini.. artikel asal boleh klik disini
http://www.pelabursilver.com/patutkah-buat-personal-loan-untuk-melabur-dalam-emas-dan-silver.html#more-1063
No comments:
Post a Comment