Harga Emas and Silver dalam Relatif CHEAP

Salam semua..

So Emas kembali turun setelah naik hingga ke USD 16900 pada hari isnin.. Tetapi tidak mampu untuk bertahan pada then kembali turun.. so sampai artikel nie aku post 29/3/2012 harga jatuh kepada USD 1658

penurun hampir USD30.. kalu convert ke RM dalam RM90

so sapa2 yang ada duit aku suggest beli la.. silver and emas.. walaupun sikit janji ada daripada orang yang x ada langsung.

lagi pun EMAS dan SILVER untuk 200 DMA dalam keadaan CHEAP. Kalu x faham boleh rujuk post aku yang lepas.. mcm mana nak jadi pembeli silver and emas yang bijak

ini relatif silver and emas




Senarai Product Silver Bar TNT

so nie senarai silver bar keluaran tntsilver. berminat boleh call or sms 016 28 48 596









Mana satu pilihan anda

Post kali nie.. tentang mana satu pilihan anda

1. Yang hanya kenaikkan 50% dalam masa 2 tahun



2. atau yang nie,, kenaikkan 89% dalam masa 2 tahun



so fikir and renung2kan...

7 Soalan Popular Mengenai Jual Beli Emas dan Perak

sumber: http://www.majalahniaga.com/7-soalan-popular-mengenai-jual-beli-emas.html


Dalam artikel kali ini, Tuan Suzardi Maulan (Pak Di), iaitu penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang akan menjawab 7 soalan popular berkenaan pelaburan emas. Semoga ia bermanfaat untuk para pembaca.


Saya kumpulkan 7 soal-jawab yang sering ditanya mengenai pelaburan emas:

#1 – Bolehkah saya membeli emas dengan membuat pembiayaan dari bank? Bukankah membeli emas secara berhutang adalah dilarang dalam Islam?

Islam melarang jual beli emas secara hutang hanya dalam transaksi tersebut sahaja. Contohnya;,

Tuan membeli 10g emas hari ini dan pembayaran hanya dibuat 30 hari kemudian.

Atau,


Tuan membayar RM 1,500 hari ini dan hanya menerima emas tanpa sebarang bukti atau resit pembelian 3 minggu selepas itu.


Manakala membuat pembiayaan bank untuk membeli emas pula adalah dibenarkan. Dalam situasi tersebut, tuan berhutang dengan bank dan bukannya penjual emas. Apa yang penting selepas mendapat duit dari bank, pembelian emas dibuat secara tunai.

Sekiranya tuan meminjam dari bank, maka pastikan tuan hanya membuat pembiayaan peribadi dari bank-bank Islam sahaja. Jika tuan membuat pinjaman dari bank konvensional maka tuan masih terlibat dengan riba.

Dalam erti kata lain, proses pembiayaan bank adalah transaksi A. Manakala, membeli emas pula adalah transaksi B. Maka, pastikan transaksi B berlaku secara tunai.

2. Apakah hukum membeli emas pada harga yang rendah kemudian dijual semula dengan harga tinggi untuk mendapatkan keuntungan? Misalnya, membeli emas pada RM 150/g dan menjual semula pada RM 180/g. Adakah ini perbuatan riba?

Itulah yang dikatakan jual beli yang difahami oleh tuan semua. Secara umumnya Islam tidak melarang jual beli. Apa yang mesti tuan fahami adalah jual beli tersebut mesti berlaku secara tunai.

Hanya jual beli emas yang tidak berlaku secara tunai adalah riba.

#3 – Bank mana yang menawarkan akaun pelaburan emas patuh Shariah?

Akaun pelaburan emas diperkenalkan oleh bank-bank. Bank-bank Islam mahupun bank-bank konvensional tidak mahu terlepas untuk membuat untung dari kenaikan mendadak harga emas yang berlaku.



Keunikan akaun pelaburan emas di bank adalah tuan tidak perlu menyimpan emas secara fizikal. Walaupun begitu, masih ada kos yang perlu tuan perhalusi, dan ini berbeza dari satu bank ke satu bank yang lain.

Sehingga artikel ini ditulis, hanya akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH) dan al-Rajhi Bank yang dapat disahkan akaun pelaburan emas yang halal.

#4 – Bagaimana dengan peluang pelaburan emas yang memberikan dividen ?

Pelaburan emas tidak memberikan dividen. Sekiranya tuan ditawarkan dengan pelaburan emas yang menawarkan dividen bulanan, suku tahunan atau tahunan maka sila berhati-hati.

Jangan terlibat dalam skim pelaburan emas yang meragukan sebegitu kerana khuatir ia adalah skim cepat kaya yang mahu menipu orang ramai.

#5 – Apakah perbuatan membeli emas, gadai dengan syarikat ar-Rahnu, beli emas lagi, gadai lagi dan seterusnya dibenarkan dalam Islam?

Strategi berkenaan dari sudut hukum tidak ada larangan yang mengharamkannya. Apa yang penting pembelian dibuat secara tunai dan gadaian dibuat dalam syarikat-syarikat yang mengamalkan skim pajak gadai Islam.



Walaupun begitu, tuan mesti sentiasa berhati-hati apabila mahu menggunakan strategi sebegini kerana harga emas ada turun naiknya.

Selagi mana harga emas sentiasa naik maka tiada masalah, tetapi jika berlaku kejatuhan harga emas yang teruk tuan pasti berhadapan dengan masalah yang besar.

#6 – Bagaimana mahu membuat pembelian emas fizikal secara online?

Pembelian emas secara online dapat dibuat selagi mana ia dibuat secara tunai. Andaikan tuan membeli emas seberat 10g bernilai RM 1,500, maka selepas sahaja tuan membayar jumlah penuh kepada penjual, maka penjual mesti memberikan resit yang dapat tuan gunakan untuk menuntut emas tersebut.

Tujuan resit adalah untuk memenuhi syarat qabadh (possession) yang menjadi syarat wajib jual beli emas. Qabadh hakiki (actual possession) berlaku apabila selepas tuan membayar, tuan memperoleh emas tersebut.

Qabadh hukmi (constructive possession) pula berlaku apabila selepas tuan membuat pembayaran, tuan menerima resit yang menunjukkan emas itu ada, dan tuan dapat menuntut emas tersebut pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan daripada pihak penjual.

#7 – Bolehkah saya membuat locking harga?

Harga pasaran emas menjadi rujukan penjual dan pembeli adalah cuma satu penanda aras sahaja. Sekiranya tuan bersetuju menjadikan harga tersebut sebagai harga jual beli, maka tuan tertakluk dengan syarat tersebut.



Namun sekiranya pihak penjual dan pembeli tidak mahu menjadikan harga semasa emas sebagai harga jual beli, maka jual beli tersebut masih sah. Kedua-dua pihak ada kebebasan untuk menggunakan harga semasa, harga yang lebih tinggi dari harga semasa, atau harga diskaun dari harga semasa.

Apa yang penting adalah selepas tuan bersetuju dengan sebarang harga, maka tuan membuat pembayaran penuh dan penjual dapat memberikan resit bagi memenuhi syarat qabadh.

Sekiranya berlakunya pembayaran ansuran, maka itu adalah riba.

Soalan 7 + 1: Apakah hukum pelaburan emas secara online?

Apabila Islam meletakkan syarat jual beli tunai, maka maksudnya pembeli mesti cukup duit dan penjual mesti ada emas semasa jual beli berlaku.

Dalam jual beli online yang tidak membabitkan emas fizikal, maka kebiasaannya ia melibatkan pasaran hadapan yang mana tuan tidak perlu membayar penuh harga emas, penjual pun tidak perlu memiliki emas pada transaksi online itu berlaku.



Kita hanya perlu membuat tekaan turun naik harga semata-mata. Kalau betul kita untung, kalau salah kita rugi.

Maka hukumnya sama dengan pelaburan forex yang kita bincangkan sebelum ini iaitu pelaburan sebegitu adalah haram kerana pelaburan secara online sebegitu tidak memenuhi syarat jual beli emas atau/ matawang yang halal di sisi Islam.

Terima kasih kepada para pembaca budiman yang bertanya. Soal jawab ini juga dapat digunakan untuk situasi jual beli perak dan juga matawang.


semoga kita semua dapat Jauhi Dari RIBA

Teknik Gandakan 5 Dinar Kepada 11 Dinar Tanpa beban kewangan

Salam semua

Kerana TNTSILVER telah keluarkan Product Emas. Then start hari nie aku akan promosi jugak untuk product emas TNTSILVER. walaupun web nie kebanyakkan bercerita tentang silver.

So kat sini aku ada satu teknik dimana dengan bermodalkan 5 Dinar (21.25g harga ikut harga semasa) anda mampu mendapat 11 dinar bersamaan 46.75 g emas dalam masa 2 bulan sahaja.

Malah dengan teknik nie ada tak perlu pening kepala untuk bayar pinjaman kepada bank apabila cukup tempoh.

*46.75 tertaluk kepada kemampuan anda. senang cerita tengok budget anda.

untuk pengetahuan semua teknik ini bukan teknik 30 , 70 mcm ada company yang dah buat.. tetapi teknik nie 100% mengunakan wang and emas anda sahaja.

malah dengan teknik nie anda akan menjadi dealer TNTSILVER secara automatik and akan mendapat komisen 1-2% untuk next pembelian anda bersama bonus2 lain

syarat untuk teknik nie..
1. anda telah berdaftar di http://www.tntsilver.com.my/
and letak Sponsor's Username : fairdaus

2. then saya akan semak untuk pengesahan

3. sila call and sms waktu and time untuk kita berjumpa sebab teknik nie saya ajar face to face.

016 - 28 -48 -596 fairdaus

4. buat masa nie kawasan yang saya boleh pi; Shah alam, Klang, Meru, Setia Alam, Kapar, PJ, Putrajaya, cyberjaya, KL and kawasan yang saya rasa boleh pi...

10 dinar



4 dinar

IMF pinjamkan Greece RM109.5b

Apa Kesan kepada Harga Silver?

sama2 kita tengok nnt

WASHINGTON 15 Mac - Lembaga Pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) akan bermesyuarat hari ini untuk memberikan pinjaman bernilai AS$36.5 bilion (RM109.5 bilion) kepada Greece sehari selepas zon Eropah bersetuju dengan program bantuan baru kepada negara tersebut.

Walaupun terdapat kebimbangan ekoran IMF memberikan lebih banyak wang kepada Greece dan Eropah, serta kerisauan situasi politik negara itu bakal melambatkan progres penstrukturan semula kewangan negara itu, namun program pinjaman itu dijangka diluluskan.

Pinjaman tersebut adalah untuk empat tahun berbanding tempoh tiga tahun seperti sebelum ini di bawah kemudahan pembiayaan dipanjangkan (EFF).

Rabu lalu IMF berkata, mereka akan memanjangkan tempoh maksimum EFF selama setahun kepada empat tahun dan dapat memenuhi keperluan cadangan program Greece.

IMF kecewa dengan perkembangan Greece di bawah pinjaman 30 bilion euro (RM120 bilion) yang merupakan sebahagian dari bantuan besar IMF-EU tetapi gagal mendapat kewangan Athens dalam kedudukan stabil.

IMF telah mengagihkan 20.3 bilion euro (RM81.2 bilion) manakala selebihnya telah dibatalkan bagi memberi laluan kepada program pinjaman baharu. - AFP


100g cast silver bar jika.....

So bulan nie aku belum lagi beli silver. Maybe bulan nie Plan nak ambek exam Oracle. Lagi pun semalam orang Oracle dah call. Inform voucher aku akan di aktif kan bila aku dah buat payment.

Harga untuk exam tu RM441. Ho Ho Ho sama harga untuk 100g silver bar...

Berbalik pada tajuk post aku nie.. Aku Plan nak angkat 100g silver bar jika harga silver jatuh ke paras usd 32.. Walaupun kemungkin harga boleh jatuh lagi but mcm aku Ckp jika nak jadi pelabur yang bijak kita beli sikit2. And x ada siapa yang boleh agak harga akan turun or naik hingga ke paras berapa.

So sementara harga silver untuk 200 DMA masih dalam lingkuan cheap. Apa salahnya aku angkat 100g cast silver bar. Lagi pun aku belum ada koleksi cast silver bar dari company tntsilver..

Satu lagi tanda harga Silver akan Naik

Eropah bakal hadapi kemelesetan ekonomi

FRANKFURT, Jerman - Seorang pegawai kanan Bank Pusat Eropah (ECB) menyatakan, 17 negara yang menggunakan mata wang euro akan dilanda 'kemelesetan ekonomi yang amat sederhana' pada tahun ini.

Benoit Coeure memberitahu akhbar Jepun, Nikkei bahawa pertumbuhan ekonomi terbantut akibat kekurangan pinjaman bank dan langkah penjimatan oleh beberapa kerajaan Eropah yang berdepan krisis hutang negara.

Selain itu, kata Coeure, harga minyak yang tinggi dan kenaikan cukai turut menyumbang kepada inflasi. Namun beliau percaya kesan tersebut cuma untuk jangka pendek.

Ekonomi zon mata wang euro menyusut 0.3 peratus dalam suku keempat kewangan.

Eksekutif ECB berkenaan meramalkan pertumbuhan ekonomi negatif antara 0.5 peratus dan pertumbuhan positif 0.3 peratus di Eropah pada tahun ini. - Agensi

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0313&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

Senarai E-book pelaburan Silver dan Emas

"Tanpa Ilmu Anda Akan Rugi Dan Sesat".

Itu pepatah melayu. bagi aku memang betul. jika anda ingin belajar or buat sesuatu anda perlu la.. ilmu.

sebab tanya ilmu anda akan rugi and sesat. Sebelum anda menceburi bidang pelaburan dalam logam emas and silver nie. lebih baik anda mempunyai ilmu yang secukup dulu.

sebab dengan ilmu la.. anda dapat mengelak masalah yang serupa dengan pelabur2 yang baru iaitu terBELI EMAS and SILVER ketika harga tinggi.

So kat sini aku akan listkan e-book and seminar yang korang boleh refer..supaya anda tak akan rugi and sesat dalam pelaburan LOGAM nie...







Waspada beli jongkong emas

walaupun tajuk dia emas. tak mustahil silver pun ada yang palsu...


EMAS adalah komoditi yang sangat bernilai dengan harganya di pasaran semakin menaik sehingga mencecah 35 peratus, malah perkembangan emas dan perak juga sangat menarik sejak akhir-akhir ini.

Senario ini menyaksikan lebih ramai suka menyimpan jongkong berbanding barang kemas kerana nilai premiumnya rendah dan murah serta penjualan semula tinggi.
Perkembangan positif ini mengundang pelbagai syarikat menawarkan kaedah bagi mengaut keuntungan tinggi.

Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Sri Ayu Kartikawati Amri bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Nubex Sdn Bhd, Nur Hilmy Ahmad untuk tip melabur dan membeli emas secara bijak.


Sejak bila syarikat Nubex ditubuhkan dan apakah objektif penubuhannya?�


Nubex syarikat milik penuh Bumiputera dan ditubuhkan secara rasmi pada Februari 2009. Selepas pengalaman terkumpul 16 tahun dalam komoditi ini, kami berpendapat tiba masa untuk Nubex mengetengahkan amalan pembelian jongkong emas atau perak dilakukan masyarakat antarabangsa iaitu transaksi pembelian serta penjualan berpandukan harga semasa emas dan perak dunia yang sentiasa dinamik dan bergerak 24 jam sehari, 5 hari seminggu.

Nubex berhasrat menjadi penyumbang terbesar pemilikan aset sebenar rakyat Malaysia yang kini terjual RM50 juta membabitkan nilai emas dan perak sejak ditubuhkan.�


Apakah perkhidmatan dan produk disediakan Nubex?

Nubex menyediakan perkhidmatan kepakaran mengenal pasti ketulenan emas dan perak, membeli emas dan perak pada harga tinggi berbanding pesaing dalam pasaran, menyediakan khidmat ansuran mudah sehingga 36 bulan dengan bank tempatan, malah pelanggan diberi kemudahan membeli pada waktu malam dengan 24 jam untuk membuat pembayaran.

Kami juga sentiasa mengemas kini pergerakan harga mengikut pasaran antarabangsa dan menjadi pengedar rasmi PAMP Suisse, Emirates Gold serta Perth Mint, Australia selain menyediakan khidmat penghantaran ke seluruh dunia dengan perlindungan insurans.

Nubex juga pelopor di pasaran tempatan yang mengemas kini harga pasaran sebenar emas dan perak setiap minit berdasarkan harga pasaran emas dan perak antarabangsa. Ia dipaparkan secara percuma di laman web www.nubex.com.my. Ini membolehkan pelanggan Nubex menetapkan posisi pembelian dalam waktu berbeza mengikut pilihan sendiri dan semua ini dilakukan secara dalam talian.


Bagaimana untuk mengelak menjadi mangsa pelaburan atau pembelian emas?

Kebanyakan syarikat menjanjikan aliran tunai tetap bulanan berupa diskaun lanjutan, hibah dan dividen termasuk menjanjikan keuntungan mudah dengan hanya menjadi broker untuk menjual emas di bawah harga semasa dalam kuantiti yang tidak masuk akal. Malah, mereka bergerak dalam keadaan sangat sistematik dan teratur dengan menjalankan aktiviti perniagaan dalam lingkungan undang-undang serta berselindung di sebalik sijil syariah untuk mengaburi mata pembeli atau pelabur Islam.

Dalam pada pembeli dan pelabur ghairah membeli emas dan perak ini sebagai alternatif pelaburan, mereka perlu berwaspada dan mengetahui beberapa perkara asas sebelum melakukan sebarang transaksi bersama penjual.�

Pertama, emas dan perak fizikal. Penjual mesti mengemukakan fizikal kerana emas serta perak adalah komoditi dan sekiranya penjual gagal menunjukkan fizikal atau memberikan fizikal selepas transaksi dibuat, besar kemungkinan terbabit dalam skim di atas. Selepas memperoleh emas atau perak fizikal berkenaan, pastikan ia emas tulen atau mengikut spesifikasi dijanjikan.

Kedua, premium atas spot. Sekiranya syarikat A menjual RM22,000 untuk 100 gram emas berketulenan 999.9 (RM 220/gram) di atas harga spot RM180 segram, maka premium dikenakan ke atas pembeli ialah RM40/gram atau RM4,000 untuk 100 gram.

Jika syarikat B menjual pada harga RM18,300 untuk emas dengan ketulenan dan berat yang sama, tentu pelanggan yang bijak memilih syarikat B.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa premium atas spot bukan bermaksud keuntungan dinikmati penjual. Harga spot tidak mengambil kira kos overhead penjual seperti gaji, insurans, pengangkutan, kos penyimpanan dan lain-lain.

Ketiga, jurang perbezaan harga beli dan jual (spread). Mengambil contoh terdahulu, jika syarikat A membeli semula pada kadar RM17,500 untuk emas yang dijual pada harga RM22,000, jurangnya ialah RM4,500 atau 20.5 peratus.

Jika syarikat B membeli semula pada harga RM17,900, jurang perbezaan ialah RM400 ataupun 2.2 peratus saja. Dalam keadaan ini, syarikat B menawarkan jurang yang kecil dan sesuai sebagai pelaburan.

Ini kerana jika harga emas mengalami kenaikan tahunan 25 peratus, pembeli syarikat B akan mendapat keuntungan bersih 22.8 peratus.

Keempat, berat dan saiz. Emas dan perak di pasaran dunia secara umumnya mengenakan premium serta jurang perbezaan harga lebih tinggi untuk emas dan perak bersaiz kecil disebabkan kos cetakan selain pembuatan lebih tinggi berbanding saiz dan berat lebih besar, contohnya harga untuk 1 gram jongkong emas kini sekitar RM230.

Bagaimanapun, jika pembelian 100 gram jongkong emas, harganya sekitar RM18,300 iaitu (RM183/gram).

Kelima, sumber dan reputasi penjual. Emas dan perak dikeluarkan loji penulenan terkemuka dunia dan menjadi rebutan pelabur kerana diterima di seluruh pelusuk dunia dengan harga tinggi, mutu baik dan jaminan ketulenan tepat. Antara ciri baik ialah mendapat status Good Delivery, ahli London Bullion Market Association (LBMA).

i Malaysia, belum ada kilang atau loji penulenan emas diiktiraf LBMA. Jika anda memiliki syiling emas Krugerrand dihasilkan South African Mint dan syiling emas dihasilkan pengeluar emas tempatan, tentu nilai dan kecairan syiling emas Krugerrand lebih tinggi di peringkat antarabangsa.


Bagaimana untuk pembeli mengetahui sama ada ia tulen atau tidak?

Jangan letakkan beban menguji ketulenan itu di bahu anda, sebaliknya penjual bertanggungjawab melakukannya.

Pelbagai jenis ujian tidak destruktif boleh dilakukan di kedai emas dengan upah serendah RM10 atau kurang.

Antara ujian ialah ujian ketumpatan, asid, imbasan-x atau konduktiviti. Selain itu, terdapat jenis jongkong yang mempunyai sijil pengesahan daripada ‘assayer’ mengenai ketulenan emas atau perak. Namun cara terbaik adalah dengan menjalankan ujian untuk menentukan ketulenan.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Waspadabelijongkongemas/Article

Berita Yang Mempengaruhi Harga Emas & Perak Sementara Waktu!!

IMF tambah 28 bilion Euro selamatkan Greece.
WASHINGTON: Tabung Mata Wang Antarabanga (IMF) merancang menawarkan pinjaman baru mencecah 28 bilion Euro (AS$36.7 bilion) kepada Greece sebagai sebahagian pakej menyelamat negara itu daripada kemelut kewangan, kata Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde hari ini.

“Hari ini saya sudah berbincang dengan Lembaga Pengarah Eksekutif IMF dan berdasarkan perkara itu termasuk persetujuan dengan kerajaan Greece, saya bercadang menawarkan 28 bilion Euro lagi untuk membantu Greece dalam melaksanakan program ekonominya untuk empat tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.


Angka itu dianggap tinggi daripada jangkaan awal selepas negara itu menghadapi jumlah hutang menjangkau 107 bilion Euro.Pakej menyelamat ke atas Greece yang dipersetujuan Kesatuan Eropah (EU) bulan lalu berjumlah 237 bilion Euro. – AFP

sumber: http://www.emaskini.com

Macam mana menjadi pembeli silver yang bijak

hari ni aku nak kasi tip sikit macam mana nak beli silver and untuk mengelak dari merasa rugi jika bila dah beli and tiba2 harga jatuh..

semua orang yang belum mula melabur dalam silver or emas akan mempunyai perasaan macam tu.

jawapan.. senang je..

tunggu... tengok... and beli..

so mcm mana tu.. bunyi macam senang je...

1. katakan anda ada 20K.. 20K kalu ikut harga silver sekarang boleh dapat dalam 4.5 kilo. so dengan 20K tu jangan la beli silver dengan nilai 20K tu... but beli sedikit demi sedikit. kenapa kena beli sikit2???... Sebab kita nak maksima duit 20k mean Cuba beli berapa banyak silver yang boleh...

2. selalu monitor harga silver. yang paling penting beli ikut 200 DMA. kalu tak faham boleh rujuk post aku yang lama.

3. jika masa anda tengok graf. harga jatuh and check 200 DMA pun cheap. so beli la. satu kilo. katakan masa tu harga 1 kilo= RM4500. so ulang setiap nie sampai duit 2oK tu habis..

4. so jika anda buat mcm nie. Kemungkinan dengan 20k tu anda boleh dapat lebih dari 4.5 kilo. Maybe boleh mencecah 5 kilo.

So kat sini yang penting ada ilmu. Jgn membeli ikut perasaan

video tentang pelaburan silver

rasa nya dah lama x update blog nie.

post kali nie pun pendek je.. aku list senarai video tentang pelaburan silver. so siapa yang suka tengok video tu boleh layan satu hari


Robert Kiyosaki - Cash Is Trash And Silver Is The Biggest Opportunity
Robert Kiyosaki - Predicting Silver Is $6,000/oz
Robert Kiyosaki - Silver Is The Best Investment
Robert Kiyosaki - An Unfair Advantage
Robert Kiyosaki - Silver Investment: $ilver No.1 Investment
Robert Kiyosaki - Silver Is The Best Play Right Now
Rich Dad's Precious Metal Advisor : Mike Maloney - Silver Can Hit $1,500
Rich Dad's Precious Metal Advisor : Mike Maloney - Silver Investing - Manipulation
Rich Dad's Precious Metal Advisor : Mike Maloney - Silver & Gold - What To Buy?
Rich Dad's Precious Metal Advisor : Mike Maloney - Debt Collapse
National Inflation Association USA - Meltup
National Inflation Association USA - The Day The Dollar Died
National Inflation Association USA - End Of Liberty
National Inflation Association USA - Gold And Silver Prices Signal The Destruction Of The Dollar
National Inflation Association USA - Gold And Silver Are Sounding The Alarm
National Inflation Association USA - U.S. Government Lying About Inflation and Jobs Market
Silver Manipulation - Part 1
Silver Manipulation - Part 2
Silver Manipulation - Part 3
Silver Manipulation - Part 4
Silver Manipulation - Part 5
Silver Manipulation - Part 6
Silver Manipulation - Part 7
Others - The Silver Perspective
Others - The Chinese Silver Bullet
Others - Silver Shortage This Decade, Silver Will Be Worth More Than Gold
Others - Magnet Test On Silver Bullion Bar
Others - Rothschilds Family and the Federal Reserve
Others - $400 Silver, James Turk Price Target!
Others - Gold and Silver Maintain Purchasing Power, James Turk
Others - Ron Paul vs Bernanke
Others - Ron Paul's Greatest Interview - Gold & Silver
Others - Silver Exploding
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...