Harga Silver akan Kembali Naik

Menurut Wikipedia, analisis teknikal adalah analisis bagi meramal arah tuju harga melalui kajian data pasaran yang lepas. Pada minggu lepas, saya berbincang harga silver yang terperangkap di dalam corak bendera. Saya menggunakan data sejarah gold untuk meramalkan arah tuju harga silver. Jika anda belum baca penulisan itu, saya mencadangkan anda membacakan.

Minggu ini kita akan melihat sejarah pergerakan harga silver yang menarik ini bagi meramalkan pergerakan harga silver dalam 2012. Kita akan kembali kepada sejarah pada tahun 1968 hingga 1973. Perhatikan saya telah melukis 13 point dalam tempoh ini untuk melambangkan corak naik dan turun. Selepas point ke-13, harga silver melonjak.



Kini pada tahun 2012. Saya mendapati corak yang agak sama dalam harga silver untuk 1 tahun yang lalu.



Perhatikan 2 carta dengan teliti. Kedua-dua carta amat serupa. Adakah kita sudah berada di point ke-13? Jika ya, adakah ini bermakna harga silver akan melonjat pada bila-bila masa dari sekarang? Itu adalah untuk kamu untuk menjawab!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...