Kelebihan T&T Silver dari aspek seorang Pelabur

Kelebihan T&T Silver dari aspek seorang Pelabur

1. Jaminan Belian Balik (BUY BACK) daripada syarikat yang berpengkalan di Malaysia.

Point ini adalah yang paling penting bagi saya. Samada anda seorang pelabur jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang, jaminan buy back adalah sangat penting untuk memastikan anda dapat mengaut keuntungan daripada pelaburan yang dibuat apabila tiba masanya.

2. Premium yang rendah – sesuai dengan kelasnya yang tersendiri.

Apa itu ‘premium’? Premium = harga jual – harga spot. Premium wujud kerana setiap pengeluar produk mempunyai kos pengilangan, pengedaran dan sebagainya. Ini adalah normal dalam dunia business. Tiada peniaga yang menjual logam berharga pada harga spot.

Pada pendapat saya, kita kena rasional. Kene ambil jalan tengah. Apatah lagi jika anda baru nak berjinak-jinak dengan industri logam berharga. Maksud saya ialah, untuk permulaan, jangan melabur dalam produk yang premiumnya sangat tinggi seperti numismatic atau commemorative coin. Antara contohnya adalah seperti di bawah:








Kalau nak melabur juga, pastikan anda tahu macam mana nak untung besar dengannya. Seorang pelabur, mesti nak beli pada kos rendah, bila jual untung banyak. Kalau premiumnya terlalu tinggi, maka kurang la untungnya nanti. Itu asas dalam pelaburan dan perniagaan.

Tapi jangan la pula terlalu extreme sehinggakan nak melabur pada silver nugget contohnya. Kononnya sebab ianya masih dalam bentuk ‘mentah’ maka harganya sangat murah sebab ia belum dicairkan untuk dibentuk menjadi silver bar/coin/sebagainya. Maka sudah tentu premiumnya rendah.




Kenapa? Jawapannya ada kaitan dengan point no. 1 di atas.

Sebab tu saya pilih T&T Silver. Dah la produknya cantik. Tak la nampak macam pemberat kertas (paper weight) je. Buruk betul. Produk cantik tapi premiumnya masih ok. Ianya tidak lah semurah pesaing2 T&T Silver (pada pandangan saya, produk minted T&T Silver ni takde pesaing langsung) tapi masih sangat sesuai untuk dijadikan pelaburan. Saya beri jaminan kepada anda bahawa produk T&T Silver mempunyai kelasnya yang tersendiri.

Point ‘cantik tapi premium ok‘ ni penting dalam membantu anda mewujudkan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan melabur dalam logam berharga. Ianya sangat berkaitan dengan kelebihan dari aspek seorang dealer yang akan saya terangkan nanti.

3. Produk yang tulen & berkualiti tinggi

T&T Silver juga menggunakan certified assayer (tukang pemeriksa ketulenan logam berharga). Cuma assayer nya akan certify produk2 T&T Silver dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Bukan 1 unit demi 1 unit.

Dalam industri logam berharga ni, mana2 pengeluar produk yang tidak tulen akan cepat dikenali di kalangan ahlinya. Nama mereka akan jadi buruk dan bisnes mereka akan cepat jatuh jika mereka mengeluarkan produk yang tidak tulen.

4. Packaging yang berkualiti

Seperti mana emas tulen akan kusam setelah lama kelamaan dan anda perlu membersihkannya untuk mengembalikan seri nya kembali, begitu juga silver. Silver akan menjadi semakin gelap jika selalu dipegang dan terdedah kepada udara. Pada satu aspek, jika produk silver anda jadi semakin hitam, itu satu petanda yang bagus kerana terbukti ianya adalah produk silver tulen. Tapi dari aspek emosi, hehe….sapa nak simpan produk yang dah makin hitam, ye tak? Saya pun tak nak.

Sebab tu T&T Silver telah mengambil satu insiatif yang bijak iaitu menggunakan blister pack bagi produk 5gram sehingga 100gram. Blister pack yang dihasilkan adalah menggunakan teknologi lamination berfrekuensi tinggi yang dijamin kedap udara (angin takkan masuk). Bukan nya lamination macam yang anda selalu buat kat kedai stationary untuk name tag anda tu.



Blister pack untuk produk 250gram dan ke atas, sedang diusahakan. Agak sukar hendak buat blister pack bagi produk 250gram ke atas kerana saiznya agak besar.

5. Penghantaran produk ke seluruh Malaysia menggunakan Pos Laju yang disertakan insuran.

T&T Silver telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada Pos Laju untuk memberi servis kurier berinsurans dengan rate yang kompetitif ke atas produk2 T&T Silver. Maka, dengan ini, anda tak perlu risau tentang di mana dan bagaimana nak collect produk yang anda beli nanti.

Berminat untuk memiliki silver? sila call or sms ke 016 - 28 48 596 atau klik Cara Membeli Silver

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...