Berita Terkini Pasal TNTSILVER

Salam semua and selamat berpuasa Kepada pembaca blog aku nie.. aku mohon maaf sebab jarang update blog walaupun kadang2 banyak entry yang aku boleh tulis. mungkin kerana dengan adanya anak kecil nie membuatkan masa untuk blogging terbatas sikit.
 Kali nie just nak bagi tau semua tentang perkembangan TNTSILVER
Salam sejahtera kepada semua dan selamat berpuasa kepada yang beragama Islam. Sebagai wakil kepada syarikat T&T Gold and Silver Sdn Bhd, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa transformasi yang sedang dan akan dilaksanakan oleh syarikat T&T.


Pertama sekali, operasi syarikat akan dijalankan di bawah nama baru, T&T Gold and Silver Sdn Bhd bermula dari 27hb Julai, 2012. Ini adalah untuk melambangkan peralihan operasi organisasi T&T yang sebelum ini hanya tertumpu pada logam perak, kepada kedua-dua jenis logam bernilai iaitu emas dan perak pada masa sekarang.Kedua, laman web rasmi baru T&T iaitu http://www.tntgoldsilver.com juga dilancarkan serentak dengan penggunaan nama baru syarikat T&T. Walau bagaimanapun, adalah dimaklumkan bahawa kami masih berada dalam proses menaiktaraf sistem kami. Jadi, kami ingin memohon maaf untuk sebarang kesulitan yang timbul pada masa ini. Kami sedang berusaha untuk memastikan sistem kami akan muncul dengan wajah baru  yang bertaraf antarabangsa tidak lama lagi.
 Ketiga, T&T akan melancarkan konsep 'pusat setempat' atau 'one stop centre' untuk pengedar dan semua pelanggan. Di bawah konsep ini, T&T sudah memulakan pembinaan kilang baru di bangunan RCG, Kota Damansara yang terletak bersama dengan pejabat urusan T&T Gold and Silver Sdn Bhd. Di samping itu, T&T juga akan melancarkan peti simpanan keselamatan di seluruh Malaysia dengan kerjasama anak syarikat kepada SGPMX (Singapore Precious Metal Exchange).Keempat, terdapat perubahan besar pada produk T&T. Kebanyakan jenis yang ada sebelum ini telah dihentikan. Pada masa yang sama beberapa produk baru akan diperkenalkan.  Kami akan menyenaraikan harga semua produk lama di dalam satu ruang dalam sistem untuk rujukan jual dan beli balik oleh syarikat.  Selain dari itu, cast silver bar yang lama akan diganti dengan premium cast silver bar yang bertaraf antarabangsa. Untuk melihat silver bar ini, sila layari  Facebook T&T dihttp://www.facebook.com/tntgoldsilver.Kami akan umumkan banyak lagi berita baik dari masa ke semasa untuk dikongsikan bersama anda. Sekian, terima kasih.



Jongkong Perak Bernilai RM121 Juta

Jongkong perak bernilai RM121 juta ditemui di dasar laut.

TAMPA, Florida – Syarikat Odyssey Marine Exploration Inc. yang terkenal kerana menemui bangkai kapal Black Swan bernilai AS$500 juta (RM1.59 bilion) di perairan Portugal pada 2007 menyatakan, pihaknya menemui 48 tan jongkong perak di dalam sebuah kapal dagang Britain yang dibedil di perairan Ireland 70 tahun lalu.

Pada harga semasa, penemuan tersebut bernilai sekitar AS$38 juta (RM121 juta) manakala syarikat itu kelmarin memberitahu, lebih banyak harta karun bakal ditemui di dalam kapal berkenaan.
Menurutnya, bangkai kapal tersebut terletak sekitar 4.8 kilometer di bawah permukaan laut.



Jongkong itu ditemui daripada bangkai kapal Gairsoppa.
Kapal kargo sepanjang 125.5 meter itu tenggelam selepas dibedil sebuah kapal selam Jerman semasa Perang Dunia Kedua.

Di bawah satu perjanjian bersama kerajaan Britain, Odyssey dibenarkan menyimpan 80 peratus harta karun berkenaan selepas kos perbelanjaan ditolak.
Nilai kesemua jongkong tersebut berada pada sekitar AS$190 juta (RM605.4 juta).
 – Reuters

sumber: emaskini.com

Mari Layan Video Terbaru



Nak Tahu pasal video nie lagi.. Klik Sini 

Maybank Dah Start Jual Silver

Salam semua

Sebenarnya dah lama nak update blog nie..lagi pun dah lama x update.

Tak pasti jika semua dah tahu pasal maybank telah lancarkan new product mereka. iaitu Akaun Silver.

ini link: http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?channelId=INV-Investment&cntTypeId=0&cntKey=INV03.05&programId=INV03-Gold&chCatId=/mbb/Personal/INV-Investment



Cuma dari segi hukum membeli emas dan perak je tidak mematuhi syarak..

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA T&T GOLD SILVER SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN


TARIKH : 15 JULAI 2012
MASA : 10 PAGI - 2.00 PETANG
TEMPAT : T&T GOLD SILVER SDN BHD,
RCG, Unit F1, Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
Petaling Jaya, Selangor.

Berpeluang menyertai Cabutan Nombor Bertuah:
Antara hadiah : Goldbar, Silverbar dan hadiah misteri.

ITENARY:
10.00 am : Registration
10.20 am : Welcome note
: T&T Gold Silver (Introduction new International Products)
12.00 pm : Lunch & Lucky Draw

Penyertaan adalah PERCUMA dan terhad kepada 100 orang sahaja.
Sila sms jumlah kehadiran anda sebelum sabtu ini ke 016 -28-48-596  atau hubungi Cik Marini di 03-7490 9134.

England suntik RM245 bilio

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EnglandsuntikRM245bilion/Article


Tangkis kemelesetan, krisis hutang

London: Bank of England (BoE) akan menyuntik tunai £50 bilion (RM245 bilion) bagi mengeluarkan Britain daripada kemelesetan serta menangkis penularan krisis hutang zon euro. Bank pusat itu berkata, sembilan anggota Jawatankuasa Dasar Monetari mengundi untuk meningkatkan program pembelian asetnya, yang dikenali sebagai pengurangan kuantitatif (QE), yang bersamaan dengan AS$78 bilion atau 62 bilion euro.
Bank itu mengumumkan ia juga akan meningkatkan dasar rangsangan QE kepada sejumlah £375 bilion dalam tempoh empat bulan, susulan berakhirnya mesyuarat bulanan terbarunya.

BoE juga mengekalkan kadar faedah pada paras terendahnya, iaitu 0.50 peratus. Kedua-dua pengumuman berkenaan sememangnya sudah dijangkakan pasaran.

“Bank pusat Britain bimbang ekonomi United Kingdom (UK) akan terjerumus ke dalam krisis kredit baru serta kemelesetan yang mendalam berikutan masalah yang semakin teruk di zon euro,” kata pakar ekonomi Moody’s Analytics, Melanie Bowler.

“Krisis hutang serantau mengancam untuk menular merentasi selat berikutan hubungan perdagangan dan kewangan Britain yang kukuh dengan zon euro.
“Dengan kerajaan UK komited untuk berjimat cermat, dasar monetari adalah satu-satunya alat untuk merangsang ekonomi,” tambahnya.

Berita Terkini Dari TNTSILVER


Dengan besar hati adalah dimaklumkan bahawa T&T telah dilantik sebagai agen tunggal Malaysia untuk beberapa jenama pengeluar jongkong emas dan perak yang terkenal di dunia (Jenama-jemana produk antarabangsa tersebut akan diumumkan kelak). Justeru itu, beberapa perubahan besar yang kami sedang lakukan sekarang seperti yang berikut:
Pertama, alamat urusniaga T&T akan bertukar kepada alamat baru di Kota Damansara bermula pada 1hb, Julai. 2012
Unit F1, Lot 1, Jalan Teknologi 3/5, Taman Sains Selangor, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor.   Tel : 03-74909134  Fax : 03-74909143

Kedua, untuk memenuhi syarat-sysrat menjadi agen tunggal kepada jenama tersebut, kami dikehendaki menaiktarafkan sistem online dan proses pengeluaran kami dengan serta merta. Oleh yang demikian, kami terpaksa menghentikan pengambilan tempahan baru buat sementara waktu sehingga kerja naiktaraf ini tamat.

Kami memohon maaf terhadap sebarang kesulitan yang timbul. Proses tempahan baru untuk semua produk T&T dijangka akan pulih pada 14hb Julai, 2012.

Ketiga, selaras dengan pelantikan yang membanggakan ini, kami ingin memaklumkan bahawa T&T akan melancarkan jongkong emas dan perak Medina Mosque siri ke 2 sebaik saja sebaik saja naiktaraf sistem dan tempahan ini pulih seperti sedia kala. Ini juga bermaksud Medina Mosque siri 1 akan “discontinue” dan menjadi item terhad di dalam pasaran.

Bagaimanapun, kami akan terus memaparkan harga bagi Medina Mosque siri 1 untuk urusan jual balik kepada syarikat.

Untuk makluman, laman web rasmi T&T juga akan ditukar kepada http://www.tntgoldsilver.com pada tarikh yang akan diumumkan kelak. Sementara itu, beberapa lagi perubahan positif dan aktiviti yang menarik akan kami umumkan tidak lama lagi.

Akhir kata, pengurusan T&T ingin mengucapkan terima kasih kepada sokongan anda yang menjadikan jenama T&T kini diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa.

Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...