England suntik RM245 bilio

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EnglandsuntikRM245bilion/Article


Tangkis kemelesetan, krisis hutang

London: Bank of England (BoE) akan menyuntik tunai £50 bilion (RM245 bilion) bagi mengeluarkan Britain daripada kemelesetan serta menangkis penularan krisis hutang zon euro. Bank pusat itu berkata, sembilan anggota Jawatankuasa Dasar Monetari mengundi untuk meningkatkan program pembelian asetnya, yang dikenali sebagai pengurangan kuantitatif (QE), yang bersamaan dengan AS$78 bilion atau 62 bilion euro.
Bank itu mengumumkan ia juga akan meningkatkan dasar rangsangan QE kepada sejumlah £375 bilion dalam tempoh empat bulan, susulan berakhirnya mesyuarat bulanan terbarunya.

BoE juga mengekalkan kadar faedah pada paras terendahnya, iaitu 0.50 peratus. Kedua-dua pengumuman berkenaan sememangnya sudah dijangkakan pasaran.

“Bank pusat Britain bimbang ekonomi United Kingdom (UK) akan terjerumus ke dalam krisis kredit baru serta kemelesetan yang mendalam berikutan masalah yang semakin teruk di zon euro,” kata pakar ekonomi Moody’s Analytics, Melanie Bowler.

“Krisis hutang serantau mengancam untuk menular merentasi selat berikutan hubungan perdagangan dan kewangan Britain yang kukuh dengan zon euro.
“Dengan kerajaan UK komited untuk berjimat cermat, dasar monetari adalah satu-satunya alat untuk merangsang ekonomi,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...