Berita yang akan Mempengaruhi Harga Emas and Perak


New York: Rakyat Amerika Syarikat (AS) berpendapat ekonomi mereka adalah lebih buruk berbanding sebelumnya untuk tempoh lama, yang mana boleh memberi kesan meluas iaitu dari pasar raya hingga ke Rumah Putih.

Walaupun berlaku peningkatan peluang pekerjaan dan pasaran kediaman, keyakinan pengguna kini susut ke tahap terendah sejak 2011, mengikut Lembaga Persidangan. Keputusan itu adalah pembalikan terbaru dalam indeks, yang menyaksikannya bergerak turun naik tahun ini.
Indeks terbabit menurun pada Januari, naik pada Februari dan kemudian mencatatkan penurunan selama empat bulan sebelum mencatatkan kenaikan pada Julai.

Bacaan pada Ogos menunjukkan bahawa keuntungan dalam pasaran pekerjaan dan perumahan tidak cukup besar untuk meredakan kebimbangan terhadap ekonomi Amerika yang bukan setakat memberi ancaman terhadap dua tempoh beli belah terbesar tahunan buat peruncit iaitu cuti musim sejuk dan cuti sekolah yang berturutan, tetapi ia juga boleh memberi kesan terhadap bagaimana pilihan rakyat Amerika pada pilihan raya presiden November nanti.


Indeks pengguna jatuh

Ahli Ekonomi Kanan Wells Fargo Securities, Mark Vitner, berkata sudah meneliti angka keyakinan Oktober ketika pilihan raya presiden sebelum ini sejak 1972, dan tiada presiden yang dipilih semula apabila bacaan keyakinan berada di bawah 90, iaitu tahap yang menunjukkan ekonomi pada keadaan yang baik. Indeks terbabit tidak pernah mencapai tahap itu sejak Disember 2007.
Indeks Keyakinan Pengguna Persidangan Lembaga yang berpangkalan di New York jatuh kepada 60.6 pada Ogos lalu, jatuh daripada tahap penilaian semula 65.4 pada Julai dan tahap 66 yang dijangkakan oleh penganalisis.

Indeks itu kini berada pada tahap terendah yang pernah dicatatnya sejak November 2011 apabila bacaan berada pada 55.2.

“Laporan ini sedikit mengganggu menjelang ketibaan musim luruh. Pengguna kurang optimis mengenai masa hadapan,” kata Vitner.

Lulusan Sekolah Undang-Undang Georgetown yang menamatkan pengajian pada Mei lalu, Elizabeth Dann, adalah contoh mengenainya.


Keyakinan menurun

Beliau berkata, keyakinannya menurun berbanding beberapa bulan sebelumnya kerana terus bergelut untuk mencari pekerjaan tetap dalam bidang undang-undang.

Dann, 30, yang berkahwin dengan pasangannya yang bekerja dalam sektor kewangan dan kini mengandung lapan bulan, berkata dia sentiasa berhati-hati untuk berbelanja.

“Saya benar-benar melihat kelulusan di bidang undang-undang sebagai satu jalan untuk keluar dari kemelesetan. Saya amat yakin,” kata penduduk di New Rochelle, New York itu.


Tak pasti undi siapa

Namun, pasaran pekerjaan tidak meningkat seperti yang dijangkakannya dan Dann, yang mengundi untuk Barack Obama pada pilihan raya 2008, kini tidak pasti siapa yang bakal diundinya pada pilihan raya November ini.

“Kami tidak memiliki calon yang menyebelahi kami,” katanya.

Harga rumah meningkat 0.5 peratus pada Jun daripada bulan yang sama tahun lalu, kenaikan kali pertama berdasarkan perbandingan tahun ke tahun sejak musim panas 2010, menurut laporan indeks harga rumah Standard & Poor’s/Case-Shiller yang dikeluarkan Selasa lalu. - AP

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EkonomiASlebihburuk/Article

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...