Silver dah boleh pajak

Salam semua.

Perkara yang di nantikan oleh penyimpan silver di Malaysia akhirnya tercapai juga

Pertama dalam Malaysia.. koperasi yang menerima Silver bar sebagai Barang Pajakan


Info yang diterima seperti berikut

Anda boleh menggadaikan SEBARANG produk emas dan perak Public Gold di Arrahnu Koperasi Dagang Emas.

First cawangan di Pulau Pinang. 

Utk Emas pinjaman sehingga 70% dari nilai PG we sell dan utk 

jongkong perak pula pinjaman adalah 50% dari nilai perak tersebut. 

Upah simpan adalah 1% sebulan. 

So lepas nie.. pasti silver juga akan menjadi rancak macam emas.. then kalu terdesak nak guna $$$. just pajak. Hope Cawangan di lembah Klang akan wujud secepat yang mungkin

tq

Fenomena golden cross


Fenomena "golden cross" telah berlaku pada emas, berkemungkinan minggu depan "golden cross" akan turut berlaku kepada silver. Petanda apa yang anda tunggu lagi?

Nota: Fenomena "golden cross" boleh definisikan apabila "short term moving average" (contohnya 50 DMA) memotong "long term moving average" (contohnya 200 DMA)




"Golden cross" adalah terma analisis teknikal apabila purata bergerak harian jangka pendek dalam contoh yang saya ambil 50 Daily Moving Average (DMA) memotong purata bergerak harian jangka panjang (contohnya 200 DMA) dari bawah.

 Dalam kes emas contohnya, ini telah berlaku pada 19 Sept 2012. Pada penutup pasaran minggu ini, angka 50 DMA ialah USD1654.20 manakala 200 DMA adalah pada USD1647.86. Jadi 50 DMA berada diatas dari 200 DMA.

Apabila "golden cross" berlaku, penganalisa mengatakan ia ada salah satu penanda yang harga mungkin akan mula membuat trend naik secara am bagi jangka masa sederhana

sumber: dekad silver





Akhirnya Silver melepasi USD35

Actually dah lama aku tunggu saat nie.. last sekali harga naik masa lepas raya Cina.. rasa2 bulan 3 lepas tu terus merudum hingga USD27. lama jugak harga sangkut kat harga USD27. aku rasa more than 3 bulan.

So sekarang silver kembali bergerak. adakan mampu hingga ke USD40. sama2 kita tengok.

mari tengok graf berikut


tengok relative untuk 200 DMA dah dalam average. so kalu ada duit terlebih boleh beli lagi silver nie.. sebelum dia jadi mahal...

tengok pula latest harga untuk waktu nie


mari kita tengok keuntungan pulak

dalam masa sebulan keuntungan 21.30%

dalam masa 2 bulan keuntungan 27.03%


dalam masa 6 bulan keuntungan 9.05%

jika 2 bulan lepas anda beli silver anda tentu dah untung besar.. sapa nak kasi 27.03% dalam masa 2 bulan sahaja.

tq






Risiko Pelaburan Silver



Salam Semua

Hari nie aku just nak kongsi beberapa risiko yang perlu hadapi jika nak melabur dalam silver nie

1. Susah nak cairkan

Ini lah satu jawapan aku dapat bila aku cerita pasal silver. Yes memang benar silver nie susah nak di cairkan jika tidak tahu tempat yang  boleh cair kan. Cairkan bermaksud " Jual". Tidak macam emas. Anda boleh jual dimana2 dgn kepada sesiapa sahaja. sure ada yang beli.. itu la kelebihan Emas. But bagi aku Silver juga bukan susah nak di jual. Cuma anda kena tahu di mana tempat yang senang anak nak jualkan.

- Paling famous sekrang di FB. anda boleh join mana2 group yang menjual silver nie.. paling top SLS. macam silver ada jual di dalam group tu.. kadang2 harga lebih murah dari pasaran. and kelebihan jual dalam FB nie.. is peluang terjual tersangat cerah kerana ahli yang ramai dalam group ini. Tak caya cuba try jual 100g silver PG. pastu kasi harga we BUY ke or lebih sikit, sure berebut nak beli

- Jual Kembali kepada company. Jika anda beli Silver dari Company2 kat Malaysia nie.. anda boleh jual balik dgn harga WE BUY. Company malaysia yang famous PG, TNT, GSR and GCP. cuma kekurangan nye. x leh jual mlm sebab company tutup. and anda x leh nak up or nego harga sebab company hanya jual ikut harga WE BUY. so jual la.. di FB he..he..he..

- Jual Kepada Agent Company. Ini pun salah satu cara yang paling cepat untuk cairkan Silver anda. Tetapi Kekurangan ialah agent akan membeli mengikut harga WE BUY. Tetapi kelebihan anda boleh jual bila tak kira siang or malam janji agent available. Terfikir tak kenapa agent sanggup beli silver dari anda. Kerana keuntungan yang mereka dapat.

contoh anda mahu menjual 1000g Silver PG
harga we BUY = RM3700 and harga we SELL =RM4000. So agent akan beli silver anda dgn harga we BUY=RM3700. lepas tu agent akan buat apa..?? sure agent akan cari buyer yang nak beli Silver 100g tu. Katakan ada pembeli senang2 agent akan dapat keuntungan atas angin =RM300. Sudah  nampak. he.he.he.
Malah agent boleh kasi diskaun lagi.. Katakan agent kasi diskaun RM50. So mesti pembeli akan beli sebab jika pembeli beli dgn company harga RM4000 tetapi dgn diskaum RM50 sure pembeli tu sanggup beli dgn agent tersebut..

2. Company Bungkus..
Terbayang tak kalau company yang korang beli silver tu bungkus@tutup@bankrap. Mana anda nak jual silver anda tu.. ha..ha.. ha but kalu emas mana2 boleh jual. Tetapi pada pendapat aku. jika satu hari nnt harga silver mencacak naik hingga USD200 1 ounce aku rasa masa tu semua akan cari silver.. and masa tu tak susah nak jual silver kerana silver berharga di mata orang ramai.. Bila silver nak naik harga nie.. maybe 10-20 tahun akan datang..... tunggu je la..

3. Fake Silver
Ini lagi satu risiko korang kena hadapi.. Aku rasa x ada alat yang boleh check silver tu tulen ke tak... Kalu emas boleh guna penimbang yang boleh ukur karat and asid yang boleh tentukan ketulenan emas tersebut. But silver .. ehmm.. susah. kot anda sanggup nak patahkan silver anda semata2 untuk check ketulenan kan.. pastu bila patah nak jual kat company blk pun kena tolak harga.. dah rugi kat situ...

so itu la.. sikit tentang risiko nak melabur dalam silver nie.. anda perlu tahu setiap pelaburan ada risiko..

Harga emas naik AS$1,800 seauns, Berapa pulak Kenaikan Silver


PETALING JAYA 19 Sept. - Poh Kong Holdings Bhd, rantaian runcit barang kemas terbesar di Malaysia, menjangkakan harga emas di pasaran global akan meningkat kepada AS$1,800 (RM5,472) untuk 31.2 gram (1 auns) menjelang akhir tahun, dirangsang oleh sentimen yang kian bertambah terhadap jaminan aset termasuk emas.

Pada masa ini, emas dijual pada harga AS$1,770 seauns.

Pengarah Eksekutif Ermin Siow berkata, harga emas akan kekal menggalakkan sehingga tahun 2015 dan yang pastinya, tahun hadapan hargnya akan mencecah AS$2,000 (RM6,080) seauns.

Bercakap dalam taklimat media mengenai "Tinjauan Trend Permintaan Emas" hari ini, Siow berkata, kebimbangan berterusan terhadap ekonomi AS dan negara utama yang lain seperti China akan pastinya menjadi pemacu kepada harga-harga emas di masa akan datang. - BERNAMA

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120920/ek_03/Harga-emas-naik-AS1800-seauns

Emas Naik Pasti Silver pun Naik



Korang tengok la sendiri.. Kedai Emas terkenal pun menjual Silver. Ini menunjukkan mereka tahu potensi keuntungan berniaga dalam silver nie.

Dan bila Emas naik korang rasa Silver akan naik tak. Sudah tentu SIlver pun akan naik jugak.

Bagi aku pelaburan silver nie untuk jangka panjang. mau2  3-5 tahun. Kalu jenis nak cepat untung tak sesuai untuk silver nie but jika nak jadi dealer boleh buat untung jugak...



MoA antara TNT and USM Di Metro

Open House TNT Gold Silver

Semalam aku and my family pi Open house TNT di Kota Damansara. Aku sampai pun dah pukul 1 PM. Dah ramai dah balik sebab Event Start pukul 10 AM So sempat la.. aku snap beberapa keping gambar. and salah satu nya perjanjian antara TNT dgn USM

 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...