Ada sapa2 baca Utusan hari nie..
jika korang pi kat bahagian bisnes akan terjumpa tajuk nie:
Harga emas AS$1,400 satu auns akhir tahun
Dulu pun mcm tu jugak. korang boleh pi mana arkib. tak pu cuba cari balik post yang aku dah post dulu. last2 apa jadi. harga jatuh menjunam... hehehe. ramai pening tengok kejatuhan harga emas tu..
adakan ini berita nie akan menaikkan harga emas.. aku x pasti but yang aku pasti harga emas nie ikut harga pasaran dunia. tak guna kalu kita ckp harga akan naik but harga pasaran dunia mcm tu
Tetapi kalu betul2 naik mcm mana??. So kat sini apa yang aku boleh kasi nasihat. kalu korang ada RM1K. beli emas RM500 je.. tunggu hujung tahun mcm mana. kalu betul naik, korang dah untung masa beli masa harga rendah bukan. so masa tu terpulang nak beli or tunggu harga jatuh blk..
Yang penting bila harga emas naik.. sure adik emas ( silver) pun akan naik
nie berita dari utusan malaysia
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) - Harga emas dijangka mencecah AS$1,400 satu auns menjelang akhir tahun ini berikutan permintaan yang stabil dengan unjuran ekonomi yang lebih baik, demikian menurut syarikat tukang emas terbesar di Malaysia.
Harga emas kini bergerak antara AS$1,200 dan AS$ 1,300 satu auns.
Pengarah Eksekutif Poh Kong Holdings Bhd, Ermin D.M. Siow berkata, harga tidak akan turun kembali ke paras pertengahan April hingga pertengahan Mei tahun ini.
Beliau berkata, satu daripada sebab penurunan berlaku secara tiba-tiba semasa tempoh antara April dan Mei itu adalah kerana spekulasi pasaran langkah pelonggaran kuantitatif (QE) Rizab Persekutuan AS.
Pelabur berhati-hati berikutan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS Ben Benanke mengenai pengurangan program pembelian bon pada bulan-bulan akan datang.
"Bagaimanapun, kebanyakan penganalisis tidak menjangka QE akan dilaksanakan sekarang dan dijangka akan dikuatkuasakan hanya apabila keadaan ekonomi bertambah baik.
"Malah, apabila harga jatuh, permintaan untuk emas fizikal atau siap akan masih menjadi tinggi terutama di negara-negara Asia," katanya.
Beliau berkata, semasa turun pertengahan April dan pertengahan Mei itu, harga runcit emas juga jatuh sebanyak kira-kira 20 peratus daripada RM180 segram kepada RM155 segram.
Siow berkata, Poh Kong menerima lebih ramai pelanggan semasa Hari Raya tahun lepas berbanding tahun ini.
"Mereka ke kedai-kedai kami selepas waktu berbuka puasa dan sembahyang yang membuatkan kami menutup kedai agak lewat.
"Terus terang saya katakan, tidak ramai yang datang ke kedai kami untuk membeli emas dan barang kemas untuk Hari Raya tahun ini.
"Kami menganggap kebanyakan orang telah membeli emas dan barang kemas semasa harga turun pada pertengahan April dan pertengahan Mei lepas," katanya.
Siow, bagaimanapun berkata, peruncit emas dan barang kemas di Malaysia bernasib baik kerana sentiasa ada permintaan bagi emas dan barang kemas sepanjang tahun walaupun walaupun harga emas tidak menentu.
"Kita mempunyai perayaan sepanjang tahun dan bernasib baik kerana kita mempunyai banyak kumpulan etnik di Malaysia yang sukakan emas.
"Kaum Melayu sukakan emas. Cina menggemari emas. Orang India menyukai emas.
"Jika orang Melayu tidak membeli, orang Cina akan membeli. Jika orang Cina menjauhkan diri, kaum India akan membeli. Jadi, di Malaysia, kami amat bernasib baik," kata Siow.
Mengenai pelanggan emas di Malaysia, Siow berkata terdapat dua jenis pelanggan yang membeli emas iaitu orang yang mahu memakai emas serta set permata dan orang yang mahu menyimpan barang kemas untuk pelaburan masa depan atau diberikan sebagai hadiah.
Poh Kong juga menjual kepingan emas kepada mereka yang ingin menyimpan emas sebagai pelaburan atau hadiah.
"Kami mempunyai pelbagai berat untuk kepingan emas ini seperti satu gram, lima gram, 10 gram dan 50 gram, bergantung kepada bajet pelanggan," katanya.
Poh Kong, peruncit barang kemas terbesar di Malaysia, kini mempunyai 105 cawangan di Semenanjung Malaysia dan menyasar untuk ke Sabah dan Sarawak dalam tempoh dua hingga lima tahun akan datang. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130806/ek_07/Harga-emas-AS1400-satu-auns-akhir-tahun#ixzz2bBFJepxp